Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan Seks

9 hours ago 6

Pada 2 Julai 2025, keputusan perbicaraan rapper terkenal, P Diddy atau Sean Combs, mencetuskan pelbagai reaksi dramatik dalam dan luar mahkamah.

Dibebaskan Dari Dakwaan

via Washington Post

Walaupun didapati bersalah atas dua dakwaan berkaitan pengangkutan untuk tujuan pelacuran, beliau dibebaskan daripada dakwaan lebih berat iaitu pemerasan dan perdagangan seks.

Ketika keputusan “tidak bersalah” pertama dibacakan, Diddy dilihat mengenggam tangannya.

Setelah semua keputusan diumumkan, beliau berlutut sambil meletakkan kepalanya di kerusi, tanda kelegaan.

Menurut laporan NBC News, Diddy turut berdoa setelah terlepas dari ancaman penjara seumur hidup.

Pasukan peguamnya saling berpelukan dan beliau turut memeluk salah seorang daripada mereka.

Keluarga Diddy yang hadir di mahkamah bersorak dan bertepuk tangan selepas juri dan hakim meninggalkan dewan.

Ambil Masa 12 Jam Untuk Keputusan

via NYT

Di luar mahkamah, ibunya dilihat mengangkat ibu jari ke arah jurufoto sebagai tanda sokongan.

Para penyokong Diddy turut menyambut keputusan itu dengan cara unik, termasuk menyapu badan mereka dengan minyak bayi.

Mereka juga melaungkan slogan “Free Puff”, merujuk kepada nama lamanya, Puff Daddy.

Juri mengambil masa kira-kira 12 jam untuk membuat keputusan.

Menurut laporan NBC News, walaupun Diddy boleh dihukum hingga 10 tahun penjara bagi setiap dakwaan, pihak pendakwa mencadangkan hukuman 51 hingga 63 bulan, manakala peguam Diddy memohon hukuman lebih ringan iaitu 21 hingga 27 bulan.

Namun, Hakim Arun Subramanian memutuskan Diddy tidak layak bebas bersyarat dan akan ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn sehingga hukuman diumumkan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |