Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Bonda Rozita Ibrahim yang menaiki motorsikal bersama suami tercintanya untuk pergi meronda di persekitaran resort miliknya itu.
Video berkenaan yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Bonda Rozita Ibrahim kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 215 ribu, tanda suka sebanyak 6,803 dan sebanyak 262 komen.
@Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Bonda Rozita Ibrahim kini tampak lebih bahagia bersama suami barunya itu.
”suka tengok bonda nampak bahagia sangat”
”bonda rasa bonda dah jumpa dunia bonda hahaha”
”bukan harta jadi ukuran, keserasian itu yang membahagiakan”
“seronok ya tengok bonda naik motor macam orang bercinta, semoga bahagia till jannah amin “
”bonda nampak happy ceria, teringin nak jumla bonda”
”finally dia betul betul happy, alhamdulillah”
”bonda happy sebab encik amin pandai melayan perangai bonda”

Info Tambahan, Bonda Rozita, atau nama sebenarnya Rozita Ibrahim, ialah usahawan terkenal Malaysia dan pengasas Sendayu Tinggi, jenama kosmetik dan kesihatan berasaskan herba. Dilahirkan pada 1964 di Kuala Lipis, Pahang, beliau membesar dalam keluarga sederhana dan menghadapi pelbagai cabaran seperti kemiskinan dan perceraian.
Dengan keazaman, beliau membina empayar perniagaan daripada kosong, kini memiliki lebih 400 produk. Selain kejayaan perniagaan, Bonda Rozita popular di media sosial dengan 1.5 juta pengikut di Instagram, berkongsi kandungan komedi, kesihatan, dan gaya hidup.
Ibu kepada lapan anak, termasuk usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, beliau dikenali sebagai figura tegas namun penyayang. Beliau juga aktif dalam kerja kebajikan dan memiliki rumah mewah di London, mencerminkan kejayaan kewangannya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

2 months ago
29






![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)











![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
