MURAI baru je habis tengok episod Sembang Seram di YouTube malam tadi dan serius, cerita yang Ifa Raziah kongsikan tu buat bulu roma naik, perut pun rasa sebu dengar.
Bayangkan… kita naik bas sorang-sorang, tengah lena tidur… tiba-tiba kayu balak dah sampai kat muka kita. Seram kan? Ha… itu lah yang berlaku dekat Ifa.
Tak Nak Susahkan Suami, Ifa Pilih Naik Bas Sorang-Sorang
Kisahnya bermula masa Ifa tengah mulakan shooting drama Miss Penang. Katanya, sebab waktu penggambaran terlalu awal pagi, dia tak sampai hati nak kacau suami hantar. Anak pun masih kecil waktu tu. Jadi, Ifa buat keputusan naik bas sorang-sorang dari Pudu Raya.
Dia masih ingat lagi, bas yang dia naik tu Eltabina Express, bertolak jam 12 tengah malam.
Suara Halus: “Jangan Duduk Depan”
Yang seramnya, masa naik bas tu, Ifa pilih duduk dekat seat no.3, betul-betul belakang driver. Tapi, katanya masa duduk situ, ada macam satu suara halus bisik kat telinga:
“Jangan duduk depan… duduk belakang.”
Katanya lagi, dia memang tak selesa tengok cermin besar depan tu, takut tak boleh tidur. Jadi dia ikut rasa hati, pindah duduk ke belakang, dekat pintu kecemasan.
Sampai Tol Juru… Hentakan Kuat, Kayu Balak Menyembah Muka
Dekat sini lah puncak cerita seram tu. Sampai je di Tol Juru, masa tu dia tengah lena tidur… tiba-tiba BOOM!, satu hentakan kuat sampai Ifa rasa macam patah tengkuk.
Bas tu rupanya langgar lori balak, dan kayu-kayu balak tu tembus masuk cermin bas. Ifa cerita, dia terjaga dan tengok sendiri kayu balak tu dah sampai muka dia. Kata Safwan, macam dalam filem Final Destination, ngeri gila.
Ifa Seorang Je Hidup…
Paling sebak bila dengar Ifa kata, semua orang dalam bas tu meninggal dunia kecuali dia. Masa tu katanya dia terus terbayang muka anak-anak, suami… takut tak sempat nak peluk semua orang yang dia sayang.
Sepanjang bercerita pun, Ifa nampak sebak, suara pun bergetar. Katanya, sampai sekarang dia masih trauma setiap kali ingat kejadian tu.
MURAI yang dengar pun jadi termenung. Kadang-kadang, memang naluri dan bisikan kecil tu boleh selamatkan kita. Ifa pun akui, kalau dia tak ikut suara halus yang suruh pindah duduk ke belakang tu, mungkin lain jalan cerita dia.
Kalau nak dengar sendiri kisah seram dan penuh emosi ni, boleh tengok di saluran Sembang Seram dengan Safwan Nazri. Memang berbaloi dengar, meremang satu badan!


3 months ago
80









![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
