Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 bakal menjadi platform muzik yang unik dan penuh emosi buat peminat muzik di Malaysia, terutamanya generasi muda.
Pengalaman Berbeza Berbanding Konsert Biasa
via OPR NetworkFestival ini dijadual berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Ahad) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur dan menjanjikan pengalaman berbeza berbanding konsert biasa.
Dianjurkan oleh Expoindo bersama Thrive, RIF membawa konsep segar yang menggabungkan persembahan muzik dengan elemen inspirasi serta perkongsian kisah di sebalik lagu-lagu popular.
Festival ini bertujuan menyemai semangat positif, menyentuh jiwa dan menginspirasikan penonton melalui muzik.
Tampil Dengan Dua Artis Popular Indonesia
via OPR NetworkBagi edisi sulung, RIF menampilkan dua artis popular dari Indonesia iaitu kumpulan pop alternatif Juicy Luicy dan penyanyi tersohor Tulus.
Juicy Luicy, terkenal dengan lagu seperti Lantas, Lampu Kuning, dan Sialan, menjadi pilihan utama kerana muzik mereka yang dekat dengan jiwa anak muda serta sarat dengan mesej emosi.
Manakala Tulus yang diumumkan sebagai artis fasa kedua, akan menghiburkan penonton pada sesi petang bermula 1.30 petang. Juicy Luicy pula akan tampil pada sesi malam bermula 7.30 malam.
Merupakan Jambatan Budaya
via OPR NetworkPenganjur menjanjikan RIF sebagai festival yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia.
Mereka turut merancang untuk membawa RIF ke bandar-bandar utama lain di Malaysia sebagai usaha memperkukuh komuniti muzik serantau.
Tiket telah mula dijual sejak 17 Julai menerusi aplikasi BBO EVENTS atau laman rasmi www.ri-fest.com/kualalumpur.
Harga tiket bundle bermula dari RM268 hingga RM1028, bergantung kepada kategori.
Pembeli tiket Juicy Luicy juga boleh menaik taraf tiket mereka untuk menikmati faedah tambahan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @rifest.my di Instagram dan TikTok dan jangan lepaskan peluang menyertai festival yang menjanjikan hiburan dan inspirasi luar biasa ini.

1 month ago
36





![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Anak Normah Damanhuri Beri Kejutan ‘Renovasi’ Bilik Baharu, Netizen Terharu!-“Doa Mak Yang Mahal Tu..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/bbc5d8ca-22f1-4372-adc8-476120d6a468.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-6.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza Menangis Ketika Menyanyi Buatkan Ramai Sebak Melihatnya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-7.jpg)






![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)














![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)


![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-“Aneh-Aneh Sekarang…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/17acb579-f825-474c-a1ac-182bad4abf61-1.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Juliana Evans & Anak Perempuannya Masak Telur Guna ‘Air Fryer’ Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-19.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-Zoom-Virtual-Background-2.jpg)