“Sumpah Masterpiece Tahun 2025” – Lagu Raya Douglas Lim Raih Perhatian Netizen

1 week ago 26

Tahun ini kita disajikan dengan pelbagai pilihan lagu raya dan boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun yang paling meriah dengan seleksi lagu raya.

Cecah 200 Ribu Tontonan

Salah satu lagu raya yang turut menjadi perhatian adalah lagu raya nyanyian pelawak dan pengacara terkenal, Douglas Lim.

Lagu ini telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial selepas ia dilancarkan di YouTube pada hari Rabu lepas.

Bertajuk “Aidilfitri di Malaysia,” lagu tersebut yang dinyanyikan oleh Douglas telah mencapai lebih 200,000 tontonan setakat tengah hari tadi.

Lirik Yang Santai Dan Kreatif

via Youtube Douglas Lim

Lagu ini bermula dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ yang mewakili seluruh kaum di Malaysia, menjadikannya khas dalam menggambarkan kepelbagaian budaya yang ada di negara ini.

Dengan durasi lebih empat minit, lagu ini ditulis dan digubah sendiri oleh Douglas, menampilkan lirik yang santai, kreatif, dan mudah diingat.

Ia juga diserikan dengan penampilan YouTuber Murty sebagai rakan duet.

Dalam lagu ini, Douglas dan Murty menyampaikan perasaan mereka yang tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri, termasuk kegembiraan menikmati makanan khas yang disediakan pada hari raya.

Terima Baik Dari Warga Net

YouTube video

Douglas kelihatan bergaya dengan baju Melayu dan kemeja merah, yang sering dikaitkan dengan perayaan Tahun Baharu Cina, manakala Murty tampil dengan baju kurta.

Muzik video untuk lagu “Aidilfitri di Malaysia” turut menampilkan pelakon dan penyanyi, Chelsia Ng.

Respons di media sosial menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna memuji lagu ini dengan memberi reaksi positif.

Ada yang menganggapnya sebagai antara lagu raya terbaik tahun ini dan melihatnya sebagai lambang perpaduan antara kaum di Malaysia.

Lagu ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut membawa mesej perpaduan yang menggambarkan keharmonian antara pelbagai bangsa di negara ini.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |