Kecoh baru-baru ini apabila muncul dakwaan bahawa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat. Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Threads telah mencuri perhatian ramai apabila individu berkenaan mendakwa dirinya telah mendapat informasi daripada sumber yang sahih.
“Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi”, tulis pengguna yang menggunakan nama @kimchikims_ di Threads sebelum memadamkan akaunnya secara kekal.
Melihatkan kenyataan individu berkenaan telah mencuri perhatian ramai pengguna media sosial, pengurus Fattah iaitu Sakirin Acha atau lebih mesra disapa sebagai Acha tampil membuka mulut, menjawab desas-desus mengenai dakwaan tersebut.
Foto – RotikayaMemetik kenyataan Acha daripada Utusan, pengurus Fattah yang ingin menenangkan dan menjawab persoalan peminat, mendedahkan bahawa jika ada benarnya (mengenai khabar angin Fattah bakal berkahwin), pihak mereka akan berkongsi berita baik tersebut tanpa berselindung.
“Jangan risau, kalau ada berita baik kita akan kongsi. Tiada sorok-sorok.”
Tambah Acha lagi, sekiranya majlis perkahwinan yang dianjurkan hanya dilakukan dalam acara sederhana bersama ahli keluarga atau rakan terdekat, pihak mereka akan tetap umumkan kepada orang ramai. Ini kerana bagi pihak Fattah, berita gembira tersebut wajar dikongsikan kepada umum terutamanya peminat.
“Pernikahan ini berita yang baik kan, jadi memang kita akan kongsikan. Lagipun peminat juga akan lebih dekat dan bergembira. Kalau pun mungkin dilangsungkan secara tertutup sekalipun, kita akan kongsi. Jika ada perancangan ke arah itulah.”
Selain daripada dakwaan Fattah Amin bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat, muncul juga beberapa spekulasi mendakwa persiapan majlis perkahwinan sudah pun dilakukan termasuklah tempahan dewa perkahwinan.
Untuk rekod, nama Fattah Amin dan Amira Othman dikaitkan bersama apabila mereka berdua sering tampil bekerjasama sebagai duta jenama sehinggakan peminat berteka-teki mengenai status sebenar hubungan mereka.
Apa pendapat kamu?

2 months ago
40






![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)











![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
