Baru-baru ini nama aktres Rita Rudaini menjadi perbualan ramai selepas hadir memeriahkan acara potluck yang diadakan di sekolah anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin.
Menerusi beberapa perkongsian video di akaun Instagram peribadinya, Rita bersama-sama ibu bapa lain hadir membawa pelbagai jenis juadah makanan untuk dinikmati bersama anak mereka di padang sekolah.
Pada masa yang sama, para pelajar Tingkatan 4 termasuk Airit kelihatan sangat gembira dengan acara tersebut sambil sempat merakamkan trend video bersama-sama.
Walaupun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Rita telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat seperti memarahi dan menyindir individu tertentu. Berdasarkan kapsyennya, apa yang Murai faham adalah sepertinya ada individu tertentu kecil hati dan memerli apabila tidak dijemput ke acara potluck tersebut.
“Tu pon jadi isu oleh orang yang berhati busuk. Adu domba. Maka terjadilah ‘Nak buat potluck kena maklum’. Apakah? Nak makan pun salah kah? Kalau saya tulis ni ada kata saya memalukan dan menjatuhkan.”
Tambah Rita lagi, dia mendedahkan tidak pernah berhadapan dengan situasi ini. Rita juga berkata acara potluck sebegini lebih mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan pelajar.
“Hang nak dok bawah tempurung, hang dok la. Tak payah ajak orang lain dok teman hang. Selama bagi anak-anak sis sekolah, tak ada lagi kejadian aneh seperti ini.
Kalau niatnya meraikan, semua orang akan rasa diraikan. Kami percaya, bila semua diraikan tanpa agenda negatif, suasana akan jadi harmoni, anak-anak pun belajar dalam kasih sayang.”
Apabila Murai menjengah ke ruangan komen, seperti ada beberapa pengguna seperti tahu siapakah individu yang dimaksudkan oleh Rita.
“Buat potluck kena maklum ke “hajak” tu. Report je kat Daddy Mara je kalau rules pelik-pelik ni”, komen @roseniezadeck.
“Pahasai ampa tak ajak depa. Cuba ajak sekali. Takdak la “buat potluck kena maklum” hihihi”, komen @sisturhub.
“Sis tak ajak ‘dia’ ke?”, komen @ayuerohanie78.
“Isu ni memang sentiasa ada, mak pak jenis hati busuk. Ingat anak-anak je takut kena buli, parent buli parent pun wujud ok!”, komen @thisisme_34444.
Nasihat Murai, sebagai ibu bapa tidak perlulah wujud perasaan iri hati atau kurang senang jika ada individu lain cuba membuat acara yang dapat mengeratkan silaturahim antara anak-anak. Kita sebagai ibu bapa perlu bersikap terbuka dan turut serta memberi sokongan. Setuju tak?

3 months ago
62
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
