Di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2025, MagLifestyle memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2026 bertema Dreamy Biomimicry. Runway bertukar jadi dunia fantasi romantis dengan palet pastel lembut yang menenangkan mata.
Koleksi ini diinspirasikan dari aura Paris, mawar yang kian pudar, manisan macaron berwarna-warni hingga cahaya mentari pagi. Warna merah jambu, biru muda, hijau pudina, kuning mentega dan krim vanila jadi tunjang utama, memberi nuansa nostalgia yang moden dan segar.

Dari segi rekaan, Dreamy Biomimicry mengetengahkan potongan feminin yang ikonik dengan sentuhan romantik. Gaun midi berlisu, gaun manik dua tona dan blaus gaya korset dipadankan bersama skirt pinggang tinggi serta bubble skirt, membentuk siluet beralun yang lembut. Fabrik seperti sifon, tulle bersulam dan renda Chantilly digunakan untuk menghasilkan tekstur berlapis, seakan-akan helaian fesyen vintaj yang diberi nafas baru.
Motif rococo dan flora turut memperkuatkan identiti koleksi. Sulaman bunga kecil, corak cat air dan reben sutera memberi ilusi dreamy, manakala kolar beropol tinggi serta korsaj menambah sentuhan kemewahan ala Marie Antoinette. Koleksi ini jelas membawakan mood romantik klasik tetapi kekal relevan untuk gaya harian wanita moden.

Aksesori juga tidak ketinggalan. Perhiasan kepala renda berhias mutiara, reben, serta kasut hasil kolaborasi bersama pereka Tricia Lew melengkapkan keseluruhan tema. Koleksi kapsul MagLifestyle x Tricia Lew yang bakal dilancarkan September 2025 menawarkan Mary Janes pastel, kasut tumit runcing dan slip-on beribbon menjadikan penampilan lebih chic tanpa lari dari elemen praktikal.
Secara keseluruhan, Dreamy Biomimicry ialah tafsiran MagLifestyle tentang romantisme kontemporari – lembut, feminin dan mudah digayakan. Ia sesuai untuk wanita yang menghargai keindahan vintaj tetapi tetap mahu tampil moden dengan gaya yang ringkas.

Koleksi boleh didapati di www.maglifestyle.com dan butik MagLifestyle di Publika, One Utama, Pavilion Damansara Heights, Isetan The Gardens, Parkson Pavilion KL serta Parkson Pavilion Bukit Jalil.

2 months ago
40






![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)











![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
