Pelakon tersohor Indonesia, Luna Maya sekali lagi mencetuskan fenomena apabila majlis resepsi perkahwinannya bersama aktor kacak Maxime Bouttier di Jakarta baru-baru ini bukan sahaja disifatkan mewah, malah penuh kejutan luar jangkaan. Salah satu yang paling mencuri perhatian ramai ialah pemberian cenderamata kepada para tetamu berupa mesin kopi bernilai 2,799,000 rupiah atau sekitar RM726 seunit.
Luna, 42, mengakui idea memberi mesin kopi kepada tetamu pada asalnya hanyalah satu gurauan spontan. Namun, gurauan tersebut akhirnya direalisasikan apabila pihak penaja tampil menjadikan ia sebagai hadiah sebenar untuk semua yang hadir. “Kami ‘pengsan’ bila dapat tahu semua akan dapat mesin kopi. Kasihan juga pada yang kena ‘packing’ dan angkat sendiri sebab beratnya tiga kilogram,” katanya berseloroh dalam satu temu bual bersama media tempatan.
Bukan itu sahaja, selain mesin kopi, tetamu turut dibekalkan set cawan seramik, sekotak kapsul kopi, vitamin, alat solek, serta baucar rawatan kecantikan. Majlis turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada kumpulan legenda Sheila On 7, menjadikan suasana resepsi lebih meriah dan istimewa.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Luna bermurah hati memberi cenderahati bernilai tinggi kepada tetamu. Pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Bali pada 7 Julai lalu, tetamu menerima botol air jenama Stanley dan produk kecantikan mewah jenama YSL Beauty, sekaligus menggambarkan gaya hidup elegan pasangan selebriti berprofil tinggi ini.
Perkahwinan Luna dan Maxime yang berbeza usia 10 tahun itu bukan sahaja diraikan dengan penuh glamor, malah turut memperlihatkan sisi mesra mereka dalam menghargai para tetamu. Tidak hairanlah, majlis resepsi tersebut dianggap antara paling ikonik dan sensasi tahun ini oleh peminat serta media hiburan di Indonesia.

3 months ago
56




![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)














![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
