Hilang kesabaran selepas sekian lama berdiam diri, pelakon Linda Hashim akhirnya tampil mendedahkan punca sebenar dia tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan seperti yang didakwa suaminya, pelakon Beego. Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 41, menjelaskan keputusan itu bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya kerana bimbang dirinya dikasari dan demi keselamatan anak-anak yang turut mengalami trauma akibat insiden rumah tangga sebelum ini.

“Ada empat sebab kenapa saya tak balik ke rumah selama sembilan bulan. Pertama, saya kena pukul sejak tahun 2016. Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma. Ketiga kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan mangga pintu dari luar. Saya ada saksi yang tolong memotong mangga. Selama ini saya diam, sekarang saya beritahu perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Linda turut menjelaskan dia memiliki laporan polis dan surat perintah larangan mengganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, daripada mendekatinya. “Saya ada laporan polis dan juga perubatan. Walaupun begitu, atas dasar perikemanusiaan, saya masih benarkan dia berjumpa anak-anak,” ujarnya.

Dalam masa sama, Linda memberi amaran kepada Beego agar menghentikan segala provokasi terhadap dirinya dan anak-anak. Katanya, dia mempunyai banyak bukti yang boleh digunakan di mahkamah sekiranya keadaan berlarutan. “Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi. Jangan tambah-tambah cerita dan provokasi sebab saya langsung tak ganggu hidup dia. Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya provoke. Belum lagi saya dedahkan bukti-bukti yang banyak dalam telefon saya. Ini amaran saya!” tegasnya.

Linda turut menegaskan sejak mereka tidak lagi tinggal sebumbung, dia tidak pernah sekali pun mengganggu kehidupan suaminya itu. “Kalau dia nak bekerja atau buat siaran langsung, silakan. Saya tak pernah kacau hidup dia. Tapi dia pula yang ganggu saya sampai menjejaskan mental saya dan anak-anak. Jadi, untuk apa saya teruskan perkahwinan ini?” katanya.
Dalam prosiding pagi tadi, sesi laporan majlis jawatan kuasa pendamai (JKP) gagal mencapai sebarang penyelesaian selepas Beego tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tidak sihat. Hakim kemudian meminta Linda memfailkan pengesahan taklik selepas mendapati terdapat perbuatan tersebut dalam hasil laporan. Mahkamah menetapkan kes akan bersambung pada 22 Oktober depan.

2 months ago
123
![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)














![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
