Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi dan selain berbuka puasa, aktiviti moreh juga menjadi antara momen yang dinanti-nantikan. Sama ada sekadar menikmati pencuci mulut, makanan ringan atau hidangan yang lebih mengenyangkan, Kelantan menawarkan pelbagai pilihan lokasi moreh yang menarik. Berikut adalah lima tempat moreh pilihan di Kelantan yang sesuai untuk dikunjungi selepas solat tarawih.
1. Snowtown Kota Bharu
@snowtownkbOperation hours pesta colek 5.30PM – 1.00AM . Jemput datang moreh sini deh #snowtown #colek #moreh #morehkelantan #colekkelantan #kotabharu
♬ original sound – Snow Town Kota Bharu ☃️ – Snow Town Kota Bharu ☃️
Snowtown Kota Bharu sememangnya dikenali sebagai antara lokasi kegemaran pencinta pencuci mulut. Kedai ini terkenal dengan bingsu yang lembut dan pelbagai perisa, sesuai dinikmati sebagai moreh ringan selepas tarawih.
Selain itu, Snowtown turut menyediakan colek buah serta colek pelbagai jenis dengan pilihan kuah yang menarik. Suasana kedai yang santai menjadikan tempat ini sesuai untuk moreh bersama rakan-rakan atau keluarga.
2. The VE Cafe, Bachok
Bagi yang mencari moreh dengan pilihan menu yang lebih pelbagai, The VE Cafe di Bachok merupakan antara lokasi yang wajar dipertimbangkan. Antara menu tarikan di sini termasuk colek ayam, talam viral, shellout, serta pelbagai hidangan Thai.
Pilihan makanan yang luas membolehkan pengunjung menikmati moreh sama ada secara ringan atau hidangan yang lebih mengenyangkan. Suasana kafe yang selesa juga sesuai untuk moreh santai pada waktu malam.
3. Hamara Dining, Kota Bharu
@sila.byhamaraMenus that will be available for Moreh at SILA. Stay tuned.☺️ #fypシ #fyp #cafekotabharu #hamaradining #silabyhamara #sila #silacafe #lamar #kelantan #kelantan #moreh #morehkelantan #ramadhan
♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Terletak di kawasan Perdana Resort, Hamara Dining menawarkan pengalaman moreh yang lebih tenang dan sedikit tersembunyi daripada kesibukan bandar. Lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati moreh dalam suasana yang lebih privasi dan santai.
Terdapat pelbagai gerai makanan di sini, antaranya pizza, colek buah, colek ayam, kerang, colek campur, serta lokching. Kepelbagaian menu dan suasana yang damai menjadikan Hamara Dining antara pilihan menarik untuk moreh pada waktu malam.
4. Takir Shellout
Takir Shellout menjadi antara pilihan popular bagi peminat hidangan makanan laut. Selain menu shellout, terdapat juga pelbagai pilihan makanan lain yang sesuai untuk dijadikan moreh. Hidangan yang mengenyangkan serta suasana kedai yang santai menjadikan lokasi ini sesuai untuk moreh bersama rakan atau keluarga selepas tarawih.
5. Lepark Thai Streetfood
Bagi yang gemarkan suasana street food, Lepark Thai Streetfood menawarkan pengalaman moreh yang lebih santai dan meriah. Kawasan ini menempatkan pelbagai gerai dengan pilihan menu yang banyak, termasuk makanan Thai, snek dan minuman.
Suasananya yang sesuai untuk waktu malam serta ruang tempat duduk yang luas menjadikan Lepark Thai Streetfood lokasi ideal untuk moreh sambil menikmati suasana malam Ramadan.
Dengan pelbagai pilihan lokasi dan menu, aktiviti moreh di Kelantan sememangnya memberi pengalaman yang tersendiri sepanjang Ramadan. Sama ada untuk menikmati pencuci mulut, makanan laut atau buffet, lima lokasi ini boleh dijadikan rujukan untuk melengkapkan malam Ramadan kalian.

10 hours ago
7







![[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/921a5f3d-9df4-4d93-b870-bf1eac2b20bd.webp)























![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)





![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)






![[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal ‘Terjun’ Ke Hollywood?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/2-10.jpg)




