Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf mendakwa dirinya telah dipaksa membuat pengakuan membunuh anaknya sendiri semasa ditahan reman selama 13 hari pada Jun tahun lalu. Kenyataan mengejutkan itu dibuat ketika Ismanira, 30, tampil sebagai saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan kes pengabaian terhadap anak autistik berusia enam tahun itu di Mahkamah Sesyen hari ini.
Menurut keterangan yang diberikan semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Haresh Mahadevan, siasatan terhadapnya dijalankan di sebuah banglo yang dikenali sebagai ‘safe house’ di Petaling Jaya, enam bulan selepas kematian Zayn. Sepanjang berada di bawah siasatan, Ismanira menegaskan dia telah memberikan kerjasama penuh namun tetap ditekan oleh pihak berkuasa yang didakwanya mengada-adakan cerita demi memaksa pengakuan.
“Mereka tuduh saya yang bunuh Zayn, kata saya yang jumpa dan saya yang bunuh. Tapi bila saya nafikan, mereka tetap tak puas hati,” ujar Ismanira. Dia turut mendakwa bahawa polis yang menjalankan siasatan terbahagi kepada dua kumpulan; satu yang bersimpati dan percaya dia tidak bersalah, serta satu lagi yang terus menekannya dengan tuduhan berat.
Pihak yang bersimpati, menurut Ismanira, menasihatinya agar bersabar dan melawan tuduhan yang tidak berasas itu sehingga tamat tempoh reman. Namun, tekanan daripada kumpulan polis yang tidak mempercayainya menyebabkan dia trauma dengan keseluruhan proses siasatan.
Mengenai tuduhan pengabaian yang dikenakan terhadapnya, Ismanira dengan tegas menafikan pernah mengabaikan Zayn sepanjang hidup anaknya itu. “Saya tidak pernah abaikan Zayn. Saya tidak ada di Blok R sepanjang masa seperti dalam pertuduhan, dan saya tidak pernah ke kawasan sungai. Saya betul-betul hilang anak hari itu,” katanya penuh emosi.
Ketika ditanya sama ada dia pernah membiarkan Zayn bersendirian, Ismanira menjawab bahawa satu-satunya masa dia tidak bersama anaknya adalah ketika bekerja dan semasa Zayn berada di sekolah. “Saya yang mengandungkan, melahirkan dan besarkan Zayn. Saya tak pernah biar dia sendirian,” katanya.
Mahkamah sebelum ini memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu. Bagaimanapun, suaminya, Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya.
Pihak pembelaan telah mengemukakan lima orang saksi termasuk Ismanira dalam prosiding bela diri yang dijangka berlangsung selama empat hari. Menurut pertuduhan pindaan, Ismanira dan suaminya didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal antara 5 dan 6 Disember 2023, di kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai hingga ke anak sungai berdekatan.
Kes ini dibicarakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemui pada keesokan harinya di anak sungai berhampiran rumah mereka, mencetuskan perhatian dan rasa simpati seluruh negara terhadap nasib kanak-kanak autistik itu.

3 months ago
70




![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
