Teka-teki mengenai kemelut rumah tangga penyanyi, Hafiz Suip bersama isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab selepas dia mendedahkan bahawa mereka kini telah sah bercerai di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.
Pendedahan itu dilakukan sendiri oleh Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip ketika ditemui Murai MY di Majlis Meet & Greet Media bersama Hafiz sempena konsert istimewa Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Bienz Kuala Lumpur pada Isnin.
Tiada Kesefahaman
Jelas Hafiz, dia menganggap penceraian yang berlaku adalah disebabkan tiada lagi kesefahaman dalam rumah tangga yang dibina bersama Nureffy.
“Benda (penceraian) ini dah selesai. Tiada kesefahaman. Kesefahaman itu yang penting sebenarnya.
Kita dah cuba. Mungkin ini adalah yang terbaik.”-kata Hafiz Suip
Masih Berhubung Dengan Bekas Isteri

Jelas Hafiz, dia dan Effy masih lagi berhubung biarpun tidak lagi bergelar pasangan suami isteri. serta tidak bermasam muka demi kedua-dua anak mereka iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
“Kami masih lagi berhubung mengenai urusan anak-anak. Dia masih ibu kepada anak-anak saya. Kami tiada bermuka-muka. Alhamdulillah.”-Kata Hafiz kepada Murai
Anggap Sebagai Pengajaran & Pengalaman
Akui tidak menyesal dengan apa yang berlaku, penyannyi berusia 35 tahun ini berpendapat ianya sebagai pengajaran dan pengalaman dalam kehidupannya.
“Saya tak menyesal atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini semua adalah pengajaran dan pengalaman. Ini semua takdir. Kita hanya menjalankan kehidupan.
Kita berdamai dengan apa sahaja situasi, tidak sentiasa menyalahkan orang lain kerana ia tidak akan habis. Islam pun mengajar kita untuk tenang adalah berdamai.”-kata Hafiz kepada Murai
Terdahulu pada Januari 2025, Hafiz Suip memberikan kenyataan kepada media tempatan mengenai dia dan Nureffy yang tidak lagi tinggal sebumbung dan berada dalam proses penceraian.
Sekadar info, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…Apa komen anda?

3 months ago
132








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
