Filem Seram Bakal Pecah Panggung! Bisikan Dosa Di Pawagam 9 Januari 2025 Ini

1 month ago 61

Setelah kejayaan besar filem seram pertama Islamik dari Thailand, KHONG KHAEK, Yusrych Global Sdn Bhd kini kembali dengan penerbitan dan pengedaran filem seram terbaharu berjudul BISIKAN DOSA.

Barisan Pelakon Yang Hebat

Filem ini menampilkan pelakon terkenal seperti Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans, Sherry Merlis, dan Syazuwan Hassan, dengan arahan daripada Faizul A. Rashid.

Menurut Yusry Makmor, Penerbit & Pengasas Yusrych Global, BISIKAN DOSA diharap akan menjadi filem seram box office yang membuka tirai tahun 2025.

Filem ini disokong oleh FINAS dan rakan strategik pemasaran seperti Primeworks Studios, Media Prima Bhd.

Yusry mendedahkan bahawa idea untuk menghasilkan filem ini tercetus ketika beliau dan Zafran membuat kajian mengenai filem-filem seram yang menjadi kegilaan penonton masa kini.

Betemakan Alam Syirik

via Yusrych Global

BISIKAN DOSA mengetengahkan tema amalan syirik seperti mandi bunga yang masih diamalkan dalam masyarakat moden, menjadikannya sangat relevan dengan isu semasa.

Yusry juga menekankan bahawa filem ini penuh dengan plot twist yang mengejutkan penonton, selain kesan solekan yang unik dan lakonan mantap daripada barisan pelakon.

Faizul A. Rashid, selaku pengarah, turut berkongsi bahawa BISIKAN DOSA bukan hanya sebuah filem seram, tetapi juga mengandungi penceritaan yang menarik dengan kejutan yang menanti di sepanjang perjalanan cerita.

Beliau menjanjikan babak-babak seram dan jumpscare yang akan memuaskan penonton.

Melakukan Persiapan Rapi

via Yusrych Global

Selain itu, persiapan rapi dari segi lakonan dan kelas lakonan yang diikuti oleh pelakon memastikan setiap watak dilakonkan dengan penuh penghayatan.

BISIKAN DOSA mengisahkan Sarimah yang berpindah ke Kuala Lumpur selepas tragedi kehilangan anak dan kekecewaan dalam rumah tangga.

Dia mula dihantui oleh roh Zara, isteri Ayden, dan bakal menghantui pawagam seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei mulai 9 Januari 2025.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |