Pelakon terkenal Zara Zya berdepan detik melucukan apabila disalah anggap memakai susuk selepas keputusan imbasan X-ray gigi yang menunjukkan kewujudan bendasing di bahagian bawah pipinya. Kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu ketika Zara membuat pemeriksaan di sebuah klinik gigi, namun baru-baru ini beliau berkongsi semula pengalaman tersebut melalui aplikasi Threads sambil menyifatkannya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, situasi menjadi canggung apabila doktor yang merawatnya ketika itu kelihatan agak berhati-hati dan meminta semua staf keluar dari bilik sebelum mendekatinya untuk bertanya sesuatu yang agak sensitif. “Dia bisik, ‘dulu ada pakai susuk ke?’ Saya pening fikir, bila pula saya buat benda tu?” katanya berseloroh. Zara menjelaskan bahawa objek berkenaan sebenarnya adalah pin yang tertanam akibat prosedur pembedahan dari bahagian pipi ke leher yang pernah dilakukannya.
Namun, reaksi doktor yang seperti masih tidak percaya membuatkan Zara sendiri terhibur. Malah, suasana klinik yang sebelum itu tenang dengan lagu Sheila On 7 terus berubah apabila doktor bertindak menukar muzik kepada zikir selepas melihat keputusan X-ray tersebut. “Paling kelakar, dari elok dia pasang lagu Sheila On 7, terus tukar zikir. Ingat saya hantu ke?” tambahnya lagi.
Kejadian itu berlaku ketika Zara sedang berdepan masalah kesihatan berkaitan Cervical Facet Syndrome, iaitu sindrom sendi faset leher yang menyebabkan kesakitan kronik di bahagian leher dan belakang. Zara juga pernah menjalani beberapa prosedur pembedahan termasuk membuang ketumbuhan dan menerima rawatan susulan untuk mengurangkan kesakitan akibat sindrom tersebut. Walaupun pernah diuji dengan cabaran kesihatan yang tidak mudah, Zara tetap positif dan menjadikan pengalaman lucu seperti itu sebagai penghibur di sebalik dugaan.

1 month ago
30





![[VIDEO] Park Bo-gum Memukau Peminat Malaysia Dengan Baju Melayu](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-26.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)
























![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)
![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)


![[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/ba4ec978-7508-4fd9-841d-d182d5da1317-1.jpg)
![[VIDEO] Hands-On Galaxy Tab S10 FE+: Skrin Lagi Besar, Rasa Lagi Puas](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/20250520_182258.jpg)


![[VIDEO] Nilam Ortiz Kongsi Keadaan Jahitan Selepas Buang Silikon, Buat Netizen ‘Seram’!-“Seriau Pula Saya Tengok..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/e2734eef-db9a-4db0-a788-1fe33e202092-1.jpg)



![[VIDEO] Hannah Delisha Kongsi Momen Bercuti Di Maldives, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/649dd95a-1a5d-4722-9ff5-39216f9e2776-1.jpg)