Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina binti Mahathir, Noraidah Lamat telah meluahkan rasa sedih dan curiganya terhadap kematian anak tunggalnya. Berdasarkan beberapa laporan berita, Noraidah telah mengarahkan peguamnya untuk menguruskan proses penggalian semula kubur Zara Qairina untuk melakukan bedah siasat.
Memetik laporan Buletin TV3, Noraidah menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah dibelenggu pelbagai persoalan mengenai kematian satu-satu anaknya iaitu Zara Qairina.
Foto – Malay News / Kisah Dunia“Saya mahu persoalan yang berlegar di kepala berhubung punca sebenar kematian saya, Zara Qairina Mahathir, 13, sejak 14 hari lalu bernoktah. Jadi demi mendapat jawapan itu dan keadilan untuknya, saya mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur anak digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya.”
Foto – Harian MetroNoraidah menambah, ketika pengebumian anaknya itu dilakukan pada 17 Julai lepas, tiada pihak cuba mencadangkan untuk lakukan proses bedah siasat kepadanya. Walau bagaimanapun, selepas selesai pengebumian Noraidah sekeluarga mula menyedari akan beberapa perkara yang mencurigakan tentang kematian Zara Qairina.
“Saya akui kesedihan akibat tragedi menimpa Zara Qairina tak akan padam dan banyak persoalan timbul. Saya mahu tahu punca sebenar kematiannya, justeru proses bedah siasat perlu dilakukan dan kuburnya perlu digali semula. Apa pun keputusan yang keluar hasil bedah siasat kelak dan siasatan polis, saya terima dengan reda kerana ia menjawab segala persoalan yang masih tiada jawapan sehingga kini.”
Foto – Isu Semasa Online (FB) / Sirap LimauUntuk rekod, polis sudah pun merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk 3 individu yang dikenali dengan nama “Kak Wana”, “Kak Dedeng” dan “Tomboi”.
Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah pada 16 Julai 2025 di bawah bangunan asrama seelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pelajar berusia 13 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan Zara Qairina terjatuh dari tingat 3 asrama sekolah.

3 months ago
53
![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)














![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
