Ahli kumpulan K-Pop popular, INFINITE, Jang Dong Woo, bakal kembali ke Malaysia, tapi kali ini bukan bersama ahli kumpulannya, sebaliknya secara solo! Berita ini pastinya buat ramai INSPIRIT (gelaran peminat INFINITE) tak senang duduk.
Lebih mengujakan, Dong Woo sendiri telah memberikan pesanan istimewa dalam sebuah video kepada para peminat di Malaysia, “Sila luangkan masa untuk hadir. Saya harap kita boleh cipta memori indah bersama… Tunggu saya datang ya,” katanya sambil tersenyum manis menutup video tersebut.
Kalau anda salah seorang peminat tegar Dong Woo atau pun baru nak kenal siapa mamat penuh bakat ni, catat tarikh ini siap-siap: 15 Ogos 2025, jam 8 malam, bertempat di ZEPP Kuala Lumpur. Ini adalah sebahagian daripada jelajah 2025 JANG DONG WOO FAN-CON TOUR yang turut menjelajah ke Seoul, Taipei, Manila dan Hong Kong.
FAN-CON ialah gabungan “fan meeting” dan “concert”, maknanya, peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara langsung, malah ada sesi interaksi, perkongsian cerita, dan aktiviti eksklusif yang lebih dekat dan peribadi.
Pertama Kali Solo Fan-Con di Malaysia
Dianjurkan oleh Star Planet, acara ini menjadi fan-con solo pertama Dong Woo di Malaysia. Apa yang boleh dijangka? Persembahan eksklusif, interaksi peribadi bersama peminat dan suasana penuh emosi serta kenangan manis yang dijanjikan. Pendek kata, malam tu hanya tentang Dong Woo dan peminatnya.
Siapa Dong Woo Ni?
Sejak debut bersama INFINITE pada tahun 2010, Dong Woo dikenali sebagai anggota yang sangat bertenaga dan serba boleh, apper, penari dan penghibur sejati. Antara lagu popular INFINITE yang melonjakkan namanya termasuk “BTD,” “The Chaser,” dan “Last Romeo.”
Tahun 2019, dia melancarkan album solo pertamanya bertajuk “BYE” yang memuatkan tujuh lagu dengan pelbagai gaya muzik dari rap agresif ke melodi emosional. Antara lagu menarik dalam album tersebut termasuk “I Am,” “Romeo,” dan “Party Girl.”
Tak cukup dengan muzik, Dong Woo juga aktif dalam dunia tarian, rancangan variety dan projek kreatif lain. Beliau adalah contoh artis yang sentiasa berkembang dan tak pernah berhenti mencabar diri.
Tiket Dah Boleh Beli?
Yes! Tiket mula dijual 20 Jun 2025 jam 12 tengah hari secara eksklusif di my.bookmyshow.com. Jadi siapa cepat dia dapat! Kalau nak tahu info lanjut, boleh ke starplanet.com.my.
Dong Woo – Seat Map & BenefitsKalau anda dah lama tunggu peluang nak tengok Dong Woo dari dekat, inilah masanya. Jangan lupa ajak kawan-kawan, siapkan lightstick, dan yang paling penting hati yang bersedia untuk dilambung emosi dan memori manis.
Jang Dong Woo dah sedia. Anda bagaimana?

3 months ago
56









![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2132.jpeg)

![[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-1.jpg)
















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
