Muzik video lagu raya Serumpun nyanyian Mimi Fly telah dikeluarkan baru-baru ini.
Muzik Dan Lagu Lain Dari Yang Lain
Lagu yang boleh dikatakan “catchy” dan senang untuk menarik para pendengar telah menerima pelbagai reaksi daripada warga net setelah muik videonya telah dilancarkan.
Lagu Serumpun tersebut telah mencetuskan kontroversi disebabkan oleh pemilihan pakaian penyanyi itu yang dianggap terlalu terdedah dan tidak sopan untuk sambutan Aidilfitri.
Walaupun lagu tersebut mendapat pujian kerana rentaknya yang segar dan berbeza dari lagu raya tradisional, penampilan Mimi dalam video tersebut mengundang kecaman ramai.
Dalam muzik video itu, Mimi mengenakan busana gelap dengan bahagian dadanya terdedah, yang dilihat tidak sesuai dengan semangat Hari Raya yang biasanya dikaitkan dengan pakaian sopan dan tradisional.
Ada Yang Kurang Senang

Ramai netizen meluahkan rasa kecewa di ruangan komen, dengan beberapa menyatakan bahawa pemakaian Mimi tidak mencerminkan maksud sebenar sambutan Aidilfitri.
Ada yang mencadangkan agar Mimi memakai pakaian yang lebih sopan seperti kebaya atau baju kurung, yang dianggap lebih sesuai untuk Hari Raya.
Kritikan juga datang dari mereka yang berpendapat bahawa pakaian tersebut tidak patut dipakai semasa bulan Ramadan, sebuah bulan suci bagi umat Islam.
Namun, terdapat juga segelintir netizen yang menyukai konsep moden yang dibawakan oleh Mimi dalam muzik video tersebut.
Mereka melihatnya sebagai satu bentuk ekspresi seni yang unik dan berbeza.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.