Sebelum ini penyanyi Mimi Fly mendapat pujian ramai netizen apabila dia mengalunkan ayat suci al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.
Bacaan Mimi Fly Lancar
Tampil manis dengan hijab, Mimi membaca potongan ayat dari Surah al-Jaathiyah, ayat 20 hingga 21, yang membuatkan ramai yang terpegun mendengar bacaan tersebut.
Bacaan Mimi begitu lancar dan merdu sehingga memukau panel-panel dalam program itu.
Malah Ustaz Tarmizi, salah seorang panel, turut memuji kehebatan Mimi dalam mengalunkan ayat-ayat suci tersebut.
Rentetan daripada itu, terbaru satu lagi video yang dimuat naik oleh Instagram Tazkirah Malam Jumaat menunjukkan kali ini giliran Cik B pula.
Bacaan Mirip Sheikh Mishary Al Afasy
Dalam sesi tersebut, kelihatan Cik B yang memakai telekung bewarna biru ditemubual oleh ketiga-tiga panel geng ngaji.
Malah bukan itu sahaja, salah seorang daripada panel juga menyatakan bahawa bacaan Al Quran Cik B mirip Sheikh Mishary Al Afasy.
Diruangan komen, ramai yang memuji dengan kelancaran dan kemerduan alunan bacaan Cik B.
Cik B tak kosong. Tabarakallah.
Setakat ini mimifly dan cik B aku rasa terbaik bacaan diorang
Cikb anak mama yg hebat.. Dsv dah beri yg terbaik untuk ank²nya. Sangat merendah diri.
Dia ikut mami dia, Dato Seri Vida sangat merdu bila baca Quran
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa kemerduan alunan Cik B itu seakan-akan mengikuti jejak langkah ibunya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.