Sebelum ini, pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle telah sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Lafaz cerai dilakukan Farid di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik.
Diana berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu, malah dalam proses memperbaiki hubungan bersama Farid.
Giliran Bekas Suami Untuk Raya 2025

Menurut Harian Metro, Diana mengakui tidak berasa sedih walaupun meraikan Aidilfitri seorang diri tanpa kehadiran dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, yang sedang beraya di Kedah bersama bekas suaminya.
Malah Diana juga berkata dia merasa gembira kerana anak-anaknya berpeluang menikmati suasana Aidilfitri di kampung, yang merupakan pengalaman penting untuk mereka.
Diana juga berkata dia bersyukur anak-anak dan Farid sihat dan turut gembira kerana anak-anaknya dapat merasai suasana beraya di kampung.
Ini keputusannya sendiri jadi di perlu menerimanya dengan matang.
Mempunyai Bekas Suami Yang Penyanyang
Diana juga turut menyatakan bahawa dia turut memanjatkan rasa syukur kerana anak-anak masih mempunyai seorang bapa yang penyayang dan sentiasa meluangkan masa dengan mereka.
Walaupun tidak dapat beraya di kampung, Diana menyatakan yang paling penting ialah anak-anaknya dapat merasai kemeriahan Aidilfitri walaupun di tempat lain.
Diana melihat penggiliran menjaga anak-anak sebagai peluang untuk menikmati masa peribadi. Menurutnya, dia sudah biasa beraya di bandar bersama saudara mara dan rakan-rakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.