Menangis Kali Pertama Berjalan Selepas Bersalin, Ain Edruce Kongsi Sakit Bersalin Czer

2 days ago 13

Pelakon dan pengacara Ain Edruce baru-baru ini berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak keduanya.

Terpaksa Melakukan Czer Kecemasan

Walau bagaimanapun Ain terpaksa menjalani pembedahan caesarean (Czer) kecemasan selepas percubaan untuk bersalin secara normal tidak berjaya.

Dalam satu perkongsian di media sosial, Ain menjelaskan bahawa walaupun telah membuka 10 sentimeter, bayi masih berada di atas, menyebabkan pembedahan kecemasan menjadi pilihan terakhir.

Alhamdulillah saya dah berjaya bersalin.

Sepatutnya saya bersalin secara normal, tetapi selepas usaha tersebut tidak berhasil, saya terpaksa menjalani emergency Czer.

Kagum Dengan Wanita Lain

via Instagram Ain Edruce

Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita-wanita yang memilih untuk bersalin melalui pembedahan caesarean, kerana menurutnya, proses tersebut sangat menyakitkan dan memerlukan ketabahan yang luar biasa.

Saya sangat respect dengan wanita yang buat Czer, sangat-sangat sakit.

Kali pertama saya nak berjalan selepas bersalin, saya menangis.

Selain itu, Ain turut berkongsi permintaan istimewa yang dia inginkan selepas bersalin.

Teringinkan Beef Wellington

Katanya, hidangan yang paling diidamkan selepas melahirkan adalah Beef Wellington dari chef terkenal, Gordon Ramsay.

Saya mintak dekat Mirul untuk dapatkan Beef Wellington daripada Gordon Ramsay dan dia berjaya penuhi permintaan saya.

Terima kasih sayang.

Sekadar rekod, Ain dan suaminya, Amirul telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Soraya, yang kini berusia empat tahun.

Kini, dengan kelahiran anak kedua, Ain dan Amirul menyambut kehadiran ahli keluarga baru dengan penuh kesyukuran.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |