Ambil gambar beramai-ramai memang boleh jadi satu cabaran—berebut tempat dengan sepupu, cuba cari angle terbaik, tapi tetap ada yang mata terpejam atau muka kelihatan ‘kurang menjadi’. Bila dah sibuk nak posing cantik untuk gambar Raya, huru-hara memang tak boleh dielak. Tapi jangan risau! Dengan Samsung Galaxy A56 5G, semua itu boleh diselesaikan dengan mudah, terima kasih kepada ciri Best Face yang canggih.
Ciri ini menggunakan teknologi AI untuk memastikan setiap wajah dalam gambar kelihatan on point! Samsung Galaxy A Series memang direka khas untuk mereka yang suka berkongsi momen dan nak pastikan setiap tangkapan kelihatan terbaik. Tak kira sama ada bergambar dalam suasana santai atau dalam majlis besar, telefon ini akan membantu anda merakam detik yang sempurna.
Bayangkan situasi biasa: tengah seronok bergambar dengan keluarga, tapi hasilnya tak seindah yang diharapkan—muka blur, ekspresi kurang meyakinkan, atau ada yang terpandang ke arah lain. Dengan Best Face, telefon akan secara automatik menangkap beberapa bingkai wajah dalam satu gerakan. Ini bermakna anda tak perlu risau jika ada yang terlepas pandang atau tak bersedia.
Lebih menarik, anda boleh memilih ekspresi terbaik daripada semua tangkapan yang telah diambil. Tiada lagi gambar yang perlu diulang berkali-kali atau detik canggung kerana ada yang tak puas hati dengan hasilnya. Sekarang, setiap gambar yang anda ambil pasti menampilkan versi terbaik diri anda!
Jadi, tak kira di mana anda berada—sama ada di rumah, di majlis perkahwinan, atau ketika bercuti—Samsung Galaxy A56 5G akan memastikan setiap momen yang anda rakam kelihatan sempurna. Bersedia untuk naik taraf album gambar anda dengan wajah yang sentiasa flawless!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.