Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay meluahkan kebimbangannya terhadap isu buli yang semakin meruncing, khususnya selepas tragedi menimpa Allahyarham Zara Qairina. Akui Liyana, peristiwa itu memberi kesan mendalam bukan sahaja kepadanya sebagai ibu, malah terhadap dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan sembilan tahun. Katanya, anak-anaknya kini menjadi takut untuk mendaftar ke sekolah berasrama selepas membaca berita mengenai kes buli yang berlaku.

Sebagai seorang ibu, Liyana mengakui perasaan bimbang itu bukan sesuatu yang dibuat-buat. Dia sendiri pernah melalui pengalaman pahit dibuli ketika berusia 13 tahun. Menurutnya, dia bukan sahaja pernah dipukul malah terpaksa melawan kembali demi mempertahankan diri. Ketika itu, Liyana turut mengambil langkah bijak dengan memberitahu kakaknya tentang apa yang berlaku sehingga membuatkan si pembuli berdepan dengan kakaknya sendiri.
Liyana percaya, peranan rakan sebaya amat penting dalam membendung gejala buli. Tegasnya, jika ada yang melihat kawan dibuli, mereka tidak seharusnya berdiam diri sebaliknya tampil membantu. Katanya, budaya berdiam diri hanya membuatkan si pembuli semakin berani, manakala mangsa pula semakin tertekan.

Kebimbangannya terhadap isu tersebut turut mendorong Liyana menyelitkan elemen buli siber dan buli rakan sebaya dalam karya arahannya yang terbaharu berjudul Putri & Phrince. Baginya, drama berunsurkan kehidupan remaja amat penting kerana sewaktu dia membesar dahulu, naskhah sebegitu sangat terhad di Malaysia. Oleh sebab itu, dia banyak menonton drama remaja dari Amerika Syarikat sebagai rujukan.

Menurut Liyana, drama remaja seharusnya tidak hanya ditonton oleh golongan muda, malah ibu bapa juga perlu menonton agar lebih memahami permasalahan yang dilalui anak-anak mereka. Lebih membimbangkan, katanya, sifat cemburu yang wujud dalam kalangan remaja perempuan boleh mencetuskan konflik besar sehingga mengundang pelbagai kejadian tidak diingini. Inilah antara faktor mengapa karya-karya arahannya banyak berfokus pada isu remaja, dengan harapan dapat membimbing mereka supaya tidak terjebak dalam sikap negatif.
Drama Putri & Phrince yang dibintangi Badron Munirah, Nesa Idrus, Adriana Adnan, Farah Nadiah dan Khayrisyah Kemal mula menemui penonton di platform penstriman VIU pada 21 Ogos 2025. Liyana berharap naskhah ini mampu membuka mata masyarakat mengenai betapa seriusnya isu buli dalam kalangan remaja, selain memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk lebih cakna terhadap anak-anak mereka.

2 months ago
40






![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)
![[VIDEO] Prince Syed Takkan Ampunkan Fitnah Netizen Dunia Akhirat-“Demi Allah, Hati Saya Hancur..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8085.jpg)
![[VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar-“Tak Baiklah Korang”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2129.jpeg)











![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
