Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu keluar banyak duit. Dari berjalan santai sambil ambil gambar di jambatan yang ikonik, sampai ke taman yang tenang dan muzium interaktif , semuanya boleh jadi pengalaman manis untuk pasangan.
1. Saloma Link Bridge

Salah satu lokasi paling popular untuk berjalan santai di KL. Jambatan ni menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC, dan dari sini kalian boleh menikmati pemandangan Petronas Twin Towers yang mengagumkan. Waktu malam, jambatan ni dipenuhi lampu berwarna merah, kuning dan biru yang menyerlah, menjadikannya tempat yang sempurna untuk bergambar atau selfie bersama pasangan. Selain itu, ia juga mesra pejalan kaki dan sesuai untuk mereka yang suka berbasikal santai sambil menikmati pemandangan bandar. Akses ke sini mudah melalui LRT ke stesen Masjid Jamek atau Monorail ke stesen Maharajalela.
2. Kebun-Kebun Bangsar
Menurut hantaran video Instagram dari akaun @ kebunkebunbangsar membuktikan bahawa Kebun-kebun Bangsar ini merupakan sebuah ladang bandar dan taman komuniti yang menenangkan. Tempat ini memberi peluang untuk berinteraksi dengan alam semula jadi, melihat haiwan kecil, dan belajar tentang pertanian lestari. Selain itu, suasana tenang dan kehijauan membuatkan ia lokasi yang sesuai untuk berjalan-jalan sambil berbual santai dengan pasangan.
3. ILHAM Gallery
ILHAM Gallery terletak di tingkat 3-5 ILHAM Tower, galeri ini menampilkan karya seni Malaysia dan kontemporari dari pelbagai peringkat usia. Ruang yang luas dan terang ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah sesuai untuk berbincang tentang karya seni bersama pasangan. Sekalipun kalian bukan peminat seni tegar, melihat kreativiti dan idea yang dipamerkan boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan dan memberi perspektif baru tentang seni tempatan.
4. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM)
Muzium ini menampilkan enam galeri dengan tema berbeza, termasuk Galeri Kanak-Kanak, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam dan Galeri Seni. Setiap galeri menyediakan pameran interaktif yang mengajak pengunjung memahami sejarah kewangan Malaysia sambil memberi pengalaman hands-on. Ia bukan sahaja tempat edukatif, malah sesuai untuk mereka yang ingin berbual santai sambil belajar sesuatu yang baru bersama pasangan. Aktiviti di sini juga sesuai untuk dijadikan topik perbualan yang menarik selepas lawatan.
5. Planetarium Negara
@placesmalaysiaExperience Planetarium Negara with Free entry in KL! 🌎🪐 . 📌 It’s Planetarium Negara, located Perdana Botanica Garden, KL. You can check out alot of info or history of the universe! 😎 You can even experience as an astronaut in the spaceship! 🚀 It’s FREE entry so bring your friends and family here to enjoy a unique journey! . 【Planetarium Negar】 📍 53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ✅ 9am – 4.30pm (Close on Mon & Tue) . #planetarium #planet #universe #space #astronant #kl #botanicalgarden
Menurut hantaran video Tiktok dari akaun @placesmalaysia, Planetarium Negara menawarkan pengalaman unik dalam bidang astronomi. Dari teater kubah digital yang memaparkan langit penuh bintang, simulator penerokaan angkasa hingga ke teleskop untuk melihat permukaan bulan dan matahari, semua ini memberi pengalaman yang berbeza daripada date biasa. Tempat ini sesuai untuk pasangan yang ingin mencuba sesuatu baru sambil belajar tentang alam semesta, sambil menikmati keindahan taman hijau sekeliling.
Kuala Lumpur penuh dengan lokasi yang menyeronokkan untuk dating tanpa kos tinggi. Semua tempat ini menawarkan pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan. Cukup dengan kasut selesa, kamera, dan hati yang terbuka, kalian boleh habiskan masa berkualiti bersama pasangan sambil mencipta memori manis di bandaraya Kuala Lumpur.

13 hours ago
10















![[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/921a5f3d-9df4-4d93-b870-bf1eac2b20bd.webp)















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)







![[VIDEO] Pilih Untuk Mulakan Kehidupan Baru, Merqeen Kongsi Bakal ‘Terjun’ Ke Hollywood?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/2-10.jpg)



![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)
