Warga China Ditahan Selepas Menceroboh Kediaman BTS Jungkook

1 day ago 12

Baru beberapa jam selepas tamat khidmat ketenteraan wajib, rumah BTS Jungkook telah dipecah masuk oleh peminat ekstrem (atau gelarannya sasaeng). Sasaeng tersebut merupakan seorang wanita China yang berusia 30-an, telah ditahan selepas didakwa cuba menceroboh masuk ke rumah ahli BTS itu.

Memetik kenyataan daripada Koreaboo, Balai Polis Yongsan di Seoul, insiden itu berlaku sekitar jam 11.20 malam (11 Jun 2025) apabila wanita itu dilaporkan cuma memasuki rumah Jungkook.

Foto – Korea JoongAng Daily

Insiden itu dilaporkan selepas pegawai polis menjawab alarm jiran di kawasan kediaman Jungkook. Sasaeng itu didakwa berulang-ulang kali menekan kod laluan pintu. Dia juga memberitahu pihak polis bahawa dia datang ke Korea secara khusus untuk melihat Jungkook yang baru sahaja tamat daripada khidmat ketenteraan wajib.

Foto – Allkpop

Polis meneruskan siasatan mereka untuk menentukan motifnya dan sama ada ini pencerobohan rambang atau sebahagian daripada tingkah laku mengintai yang lebih serius.

Sekadar info untuk kamu, sebelum ini Jungkook juga pernah menangani isu melibatkan sasaeng. Semasa satu kejadian seperti itu, Jungkook berjalan berhampiran kawasan kejiranannya dengan mengatakan bahawa sasaeng berada di hadapan rumahnya dan meminta untuk mereka tidak menganggunya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |