Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza? Penyanyi nombor satu negara ini bukan sahaja disanjung kerana suaranya yang lunak, malah setiap gerak-geri dan gaya fesyennya sering mencuri perhatian.
Siti Nurhaliza Curi Tumpuan Waktu Raptai Hari Kebangsaan
Baru-baru ini, Siti sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila tular satu video yang memaparkan beliau sedang menjalani raptai sempena Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya.
Meskipun hanya mengenakan pakaian set ringkas berwarna hijau, penampilan Siti tetap mencuri tumpuan.
Tiada solekan tebal atau aksesori berlebihan, namun aura seorang biduanita itu tetap menyerlah.
Itulah magis seorang Siti Nurhaliza – sederhana, tetapi tetap ikonik.
Set Baju Hijau ‘Sold Out’ Lepas Siti Pakai
via SN LegacyApa yang mengejutkan ramai, pakaian yang dipakai Siti dalam video raptai itu telah habis dijual dalam masa singkat di beberapa platform jualan dalam talian.
Ramai yang ‘memburu’ set baju hijau tersebut kerana mahu tampil seperti penyanyi kesayangan mereka.
Ada yang berkongsi tangkap layar pembelian dan ada juga yang kecewa kerana kehabisan stok.
Fenomena ini membuktikan betapa kuatnya pengaruh Siti dalam dunia fesyen walaupun beliau bukanlah seorang ‘fashion influencer’ secara rasmi. Bila Siti pakai, confirm jadi trend!
Netizen Kagum Dengan Aura & Kesederhanaan
Di ruangan komen, ramai yang memuji cara Siti membawa dirinya – sopan, manis dan sentiasa ‘on point’ tanpa perlu berlebihan.
Ramai juga yang mengatakan mereka lebih tertarik dengan gaya yang selesa dan ringkas, berbanding fesyen yang keterlaluan.
Pendek kata, Siti Nurhaliza bukan sahaja ratu dalam industri muzik, tetapi juga ikon dalam gaya hidup sederhana yang tetap elegan.
Tak hairanlah setiap kali beliau muncul, pasti ada yang akan ikut jejak langkahnya, walaupun hanya dengan sehelai baju hijau.

3 months ago
45


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


