Terbaru, jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir berjaya dikeluarkan dari kawasan Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol pada jam 7.38 malam Sabtu, bagi membolehkan prosedur bedah siasat semula dijalankan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Proses penggalian bermula sekitar 5.30 petang sebagai langkah penting melengkapkan siasatan menyeluruh terhadap kematian gadis berusia 13 tahun itu.
Selebriti Dan Netizen Bersuara
Isu ini turut mencetuskan gelombang reaksi dalam kalangan netizen dan selebriti yang menawarkan sokongan moral serta desakan agar pihak berkuasa bertindak dengan telus dan adil.
Rozita Che Wan (Che Ta) mengecam tindakan siasatan yang disifatkan tidak lengkap. Antara persoalan beliau yang menyentak, termasuk ketiadaan post-mortem, kegagalan polis mengumpul pakaian dan barangan peribadi Zara, serta tumpuan siasatan yang dilihat terlalu cetek.
Beliau mendesak kertas siasatan awal agar dikembalikan dan tindakan siasatan semula turut ditubuhkan.
Aina Abdul pula menyuarakan kesedaran mendalam terhadap penderitaan Zara, menyifatkan dirinya lebih terkesan berbanding kes-kes lain.
Beliau menuntut keadilan serta ketelusan dalam pengendalian kes ini, dengan mesej penuh harapan bagi roh arwah.
Mimi Lana turut menyampaikan rasa sedih beliau menyeru agar kerajaan mengambil serius kes buli di sekolah dan menganggap ini bukan perkara kecil dan menyuarakankebimbangan terhadap keselamatan generasi masa depan.
Rakyat Mohon Ketelusan
via Instagram Mimi LanaNur Shahida Mohd Rashid, yang merupakan isteri Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman turut berkongsi pengalaman peribadi menyoroti ketidaklogikan sesuatu peristiwa seperti ini.
Menurutnya, kes Zara tiada luka dan tidak disedari jatuh dari tinggi, menambahkan persoalan terhadap ketiadaan bukti jelas dan keadaan sebenar situasi.
Dalam pada itu, ribuan rakyat Sabah berkumpul di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan beberapa daerah lain untuk menuntut keadilan.
Malam penuh harapan dengan nyalaan lilin, bacaan doa serta amanat persatuan agar siasatan dijalankan dengan teliti dan adil.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi jaminan bahawa siapapun tidak kebal dan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus.
Beliau juga menyatakan pendiriannya bahawa kes ini tidak boleh dijadikan bahan politik dan menyokong penuh arahan Peguam Negara untuk bedah siasat semula.
Kes Zara Qairina telah menjadi simbol penting dalam memperjuangkan keadilan dan perubahan sistemik dari dasar anti buli di sekolah hingga integriti siasatan polis.
Semoga langkah bedah siasat ini membuka jalan kepada kebenaran dan keadilan bagi arwah dan keluarganya.

3 months ago
149


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)

![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



