[VIDEO] Gelagat Juliana Evans & Anak Perempuannya Masak Telur Guna ‘Air Fryer’ Raih Perhatian Ramai!

11 hours ago 7

Siapa yang tidak mengenali dengan Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Che Puan Juliana Evans. Beliau merupakan seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia dan mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, serta kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah berkata-kata hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH).

Che Puan Juliana pernah mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV. Selain aktif mengacara, beliau juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering terlibat dalam beberapa siri drama dan filem

“Well Done Little Chef, Nanti Nak Cubalah Resepi Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Juliana Evas yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 38 ribu, tanda suka sebanyak 1,353 dan sebanyak 22 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Juliana Evans bersama anak perempuannya yang memasak telur dadar dengan menggunakan air fryer. 

@julianasophieevans

Cooking using the air fryer with my assistant 👧

♬ original sound – Jevans Jewelry – Jevans Jewelry

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa resepi tersebut mudah dan tampak sedap untuk dimakan.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta  keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |