Pelakon terkenal Nora Danish, 43, membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila kini dalam misi memadam semua foto lama yang menampakkan dirinya tidak berhijab di media sosial. Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Story, sekali gus menarik perhatian peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan hidupnya. Menurut Nora, tindakan tersebut adalah langkah penting dalam usaha menjadi muslimah yang diimpikannya sejak sekian lama.

“Fasa baharu.. Bismillah. Kami membuat keputusan untuk memadamkan semua foto tidak berhijab. Satu langkah menuju ke arah wanita yang saya impikan jadi,” tulisnya. Kata Nora, keputusan itu bukan bermaksud mahu menolak atau melupakan masa silam, tetapi lebih kepada meraikan fasa baharu kehidupannya yang kini sudah berhijab.
Nora yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, proses memadam foto berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat kira-kira 24,000 gambar di media sosialnya yang perlu diteliti satu persatu. Namun, dia nekad melakukannya kerana yakin setiap usaha kecil adalah sebahagian daripada perjalanannya menuju penghijrahan yang lebih baik. “Saya tidak berniat untuk menghapuskan masa lalu saya, tetapi saya memilih menghargai masa kini yang sudah berhijab,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nora turut memohon doa daripada para peminat agar dirinya terus istiqamah dalam penghijrahan tersebut. “Doakan saya kekal istiqamah dan semoga Allah memberi petunjuknya kepada kita semua,” tulisnya dengan penuh harapan.

Nora mula tampil berhijab pada Julai 2024 selepas menyimpan niat sejak usianya mencecah 40 tahun. Keputusan itu disambut baik peminat dan rakan-rakan artis yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat serta doa agar dia terus kekal dengan penampilan baharunya. Perubahan positif ini sekali lagi menjadikan Nora tumpuan ramai, malah penghijrahan tersebut dianggap satu langkah penuh makna dalam kehidupannya sebagai seorang wanita, ibu dan juga figura seni tanah air.

3 months ago
52


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


