Satu perkara yang membuatkan ramai termasuk peminat dan pemerhati muzik terus mengagumi sosok Dayang Nurfaizah ialah cara beliau meluncurkan karya dengan penuh elemen ‘jeleketan’ atau kohesi. Setiap hasil seni yang dibawakan tidak pernah dibuat sambil lewa, sebaliknya disusun dengan teliti sehingga membentuk satu karya lengkap yang berjiwa. Album terbaharunya berjudul Janji dengan 13 trek lagu menjadi bukti nyata bahawa Dayang dan pasukannya jarang sekali mengkhianati kerja muzik.

Jika diletakkan sesuatu tema atau konsep, Dayang akan memastikan ia direalisasikan sehingga benar-benar sampai kepada pendengar dan penonton. Itulah nilai artistry atau kesenian yang semakin jarang diangkat pemuzik tempatan kini. Album Janji misalnya, bukan sekadar terikat pada muzik semata-mata, tetapi juga diikat dengan kohesi dari segi kulit album, persembahan pentas, gaya serta pemilihan rona pakaian yang dipersembahkan Dayang. Semuanya disusun rapi sehingga meluhurkan nilai kesenian seperti yang diidamkan.

Minggu lalu, penulis sendiri berpeluang menyaksikan magis yang dibawa Dayang menerusi persembahan showcase eksklusif Janji With Dayang (Penang) yang berlangsung di Top View @ The Top, Komtar. Meskipun hanya bersifat showcase dengan ruang kehadiran peminat yang terhad, Dayang tampil penuh bertenaga dan tidak langsung mengecewakan. Setiap bait lagu, penghayatan serta alunan vokalnya sekali lagi membuktikan mengapa beliau terus berdiri sebagai antara penyanyi terbaik tanah air.

Janji bukan sekadar sebuah album, tetapi manifestasi dedikasi Dayang terhadap dunia seni yang dicintainya. Kohesi yang ditonjolkan membuktikan bahawa kesenian masih boleh diperjuangkan dengan penuh keindahan, asalkan dilakukan dengan jiwa dan kejujuran.

3 months ago
51


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


