Pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce membuka cerita cinta uniknya bersama suami tercinta, Amirul, menerusi podcast Too Pretty To Handle.
Kenal Di Instagram, Tegur Anting-Anting Je
Menurut Ain, semuanya bermula secara tidak sengaja apabila Amirul menghantar mesej peribadi di Instagram, hanya untuk memuji anting-anting yang dipakainya.
Dia DM saya kata anting-anting saya cantik.
Lepas tu kami mula mesej-mesej dan dari situ, kami kenal lebih rapat.
Akhirnya kami pun keluar jumpa.
Ain turut menyatakan bahawa semuanya berlaku secara spontan dan tanpa dirancang.
3 Bulan Kenal, Dah Tanya “Bila Nak Kahwin?”
via Youtube Too Pretty To HandleMenurut Amirul pula, perjalanan cinta mereka tidak mengambil masa lama sebelum Ain mula serius mengajak ke fasa seterusnya.
Lucunya, baru tiga bulan berkenalan, Ain sudah bertanya soal kahwin hampir setiap hari.
Dia hari-hari tanya bila nak kahwin, ajak kahwin.
Mula-mula saya tak ada niat pun, tapi lama-lama rasa itu datang sendiri
Sifat Ain yang tegas dan tahu apa yang dia mahukan dalam hidup menjadikan hubungan mereka semakin kukuh.
Sudah Lima Tahun, Kini Bahagia Dengan Dua Anak
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada Disember 2019 dan kini telah lima tahun melayari bahtera rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Soraya dan Shaziman.
Walaupun kisah cinta mereka bermula dengan gaya yang moden dan santai, Ain dan Amirul membuktikan bahawa hubungan yang jujur dan terbuka boleh membawa kepada ikatan yang kuat dan penuh kebahagiaan.
Dari sekadar DM, kini mereka hidup bahagia sebagai keluarga kecil yang penuh warna.

3 months ago
51


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


