[VIDEO] Telatah Khawla Ralit Lihat Uncle Hael Husaini Buatkan Peminat Terhibur!

18 hours ago 10

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Ernie Zakri yang sedang berbual dengan Hael husaini, namun anaknya iaitu Khawla ralit memandang wajah Hael Husaini yang berkemungkinan menganggap itu adalah selebriti luar negara.

@anistaqwa

Comeiiii Lala💕💕💕 #lala #khawla

♬ Masing Masing – Last Chorus – Ernie Zakri & Ade Govinda

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kini Aziz Harun mempunyai saingan kerana Khawla juga suka melihat Hael Husaini.

“aipp lala jangan potong line sebab saya salah seorang peminat uncle Hael tauuu”

“so lala macam mana dengan uncle aziz nanti? hahaha”

“lala janganlah sapu semua, tinggal kat kami sikit”

“amboi dia, nanti uncle ajis jealous”

“cepat berul dia beralih arah hahaha”

“khawla tengah kumpul uncle, jadi senang nak merajuk ramai pujuk nanti”

“suka tengok si kecik ni, ada je telatah dia”

Info tambahan, Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta kaberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |