Menjadi ibu kepada empat cahaya mata secara ‘fast track’ bukan perkara mudah, namun itulah realiti yang dilalui oleh Watie Hanifiah sejak mendirikan rumah tangga bersama pelawak terkenal, Shuib. Walaupun ramai yang memandang statusnya sebagai ibu tiri dengan pelbagai persepsi, Watie memilih untuk menikmati kehidupannya sebagai suri rumah dengan penuh rasa syukur.

Setiap hari katanya hadir dengan cabaran dan cerita berbeza, malah dia menganggap kehadiran Uwais Alqarni, Dzahira Thalita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan sebagai anugerah yang tidak ternilai. “Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang terutama sekali suami dan anak-anak walaupun ramai bercakap macam-macam tentang status ibu tiri. Kalau orang kata saya ibu tiri yang baik, sebenarnya saya pun sama sahaja seperti ibu-ibu lain. Ada masanya saya jadi cikgu, ‘singa’, doktor dan kadang-kadang ‘ejen FBI’ untuk anak-anak,” katanya.

Bergelar seorang usahawan, Watie mengakui peranan seorang ibu masa kini sangat mencabar, apatah lagi apabila menguruskan empat anak yang semakin membesar. Baginya, disiplin dan kasih sayang harus berjalan seiring. “Kalau nak cakap saya ibu tiri yang penuh dengan kesabaran, tidak juga. Ada masanya hilang sabar juga sebab saya manusia biasa. Tetapi setiap hari saya pastikan kasih sayang itu tetap ada melalui pelukan dan ciuman,” ujarnya.

Itulah yang membuatkan kehadirannya diterima baik anak-anak Shuib. Walaupun tiada pertalian darah, ikatan kasih sayang menjadikan mereka seolah-olah keluarga kandung. Setiap pagi bermula dengan pelukan, manakala sebelum tidur mereka tetap bersalaman dan mengucapkan “I love you” biarpun pada siang harinya berlaku teguran atau dimarahi. “Saya rasa itulah yang membuatkan keluarga kami sentiasa dalam keadaan baik,” jelasnya lagi.

Watie juga tidak menafikan kekuatan utama yang dimilikinya datang daripada sokongan suaminya. Shuib bukan sahaja memahami, malah sentiasa memberi kebebasan kepadanya mendidik anak-anak dengan caranya sendiri. “Kalau saya sudah tegur, Shuib tidak akan membantah. Dia sebaliknya menyokong. Itu yang membuatkan peraturan saya lebih mudah dipatuhi anak-anak,” katanya.

Bagi Watie, menjadi ibu tiri bukan alasan untuk menjadikan anak-anak bahan aduan kepada suami. Katanya, seorang suri rumah sememangnya tahu setiap perkara yang berlaku dari pagi hingga malam, namun dia enggan menimbulkan rasa tidak selesa dengan sikap suka mengadu. “Kalau kita ada ibu tiri, pasti tidak selesa kalau dia asyik mengadu. Itu yang paling saya elak dan tidak akan buat pada anak-anak,” tambahnya penuh tekad.

3 months ago
126








![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)





![[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-18-at-1.10.32-PM.png)

![[VIDEO] Nabila Huda Didiagnos Slip Disc-“Penutup 2025 Dia Kasi Baik Punya..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7d5cf99b-0fa5-4212-9663-8db151e7e4db.jpg)











![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)




![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)









![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)