[VIDEO] Siti Nurhaliza Hadiri Majlis Anugerah Inspirasi Bersama Suami Tercinta, Menawan Perhatian Umum!

1 day ago 25

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Dah Macam YB Dah Dato Siti Kesayangan Kita Ni”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yanng dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 58 ribu, tanda suka sebanyak 1,473 dan sebanyak 40 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti dan suaminya iaitu Datuk Khalid Jiwa yang memakai baju warna sedondon ketika menghadiri Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025.

@sitizoner

Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 #fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa aura Tokti tidak dapat disangkal lagi kerana kehadirannya pasti akan terasa sangat istimewa. Tambah mereka lagi, mereka gemar Tokti bergaya sedemikian kerana tampak sangat mahal dan anggun.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |