[VIDEO] “Kita Putus Memang Sebab You Takde Duit!” – Saidah Minta Muntazar Ghufran Move On Dan Matang

1 day ago 13

Tular baru-baru ini mengenai perpisahan pasangan artis Saidah Kamarudin bersama bekas tunangnya, Muntazar Ghufran. Dalam satu temubual eksklusif bersama rakan media mStar, selebriti media sosial Saidah akhirnya membuka mulut mengenai punca perpisahannya dengan bekas kekasih, Muntazar Ghufran. Dalam kenyataan yang lantang dan penuh emosi, Saidah mendedahkan bahawa isu kewangan adalah antara faktor utama perpisahan mereka.

“Okay, kita putus memang sebab you takde duit, dalam akaun dia cuma ada RM500 saja. Macam mana you nak jaga anak orang kalau you cuma cukup untuk sara diri you sahaja. ” ujar Saidah tanpa berselindung.

https://www.tiktok.com/@mstarmalaysia/video/7511914466234141968?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7456007794510415368

“I Menyesal Sangat Kenal You, I Wish I tak Pernah Kela You Langsung!”

Hal ini sekaligus menjawab segala spekulasi netizen yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka yang kelihatan renggang sejak beberapa minggu lalu. Video temubual yang kini tular di media sosial memperlihatkan Saidah tenang namun tegas dalam menyuarakan pendiriannya.

Menurutnya lagi, walaupun cinta dan kasih sayang itu penting, realiti hidup memerlukan pasangan yang mampu berdikari dan bersikap matang dalam menguruskan masa depan.

“Kenapa you nak menipu I? You sebenarnya tak boleh kahwin. You sepatutnya pergi kerja dan sambung belajar, bukan kahwin”

“Sepanjang preparation berkahwin saya yang banyak keluar duit, dia banyak pause. Bila saya tanya dan minta bank statement baru saya tahu,” tambah Sadiah

Saidah turut menggesa Muntazar agar berhenti memainkan watak mangsa di media sosial dan mula melangkah ke hadapan untuk membina kehidupan sendiri.

“Muntazar. jangan buat perangai budak-budak boleh tak, I know you still young tapi the others yang 22 lagi matang dari you lah. Now my parent ajak bincang elok-elok, kalau dia tak nak I will proceed untuk proses saman.”

Kenyataan berani Saidah itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong tindakan Saidah kerana berani bersuara, namun tidak kurang juga yang mengecamnya kerana dianggap terlalu materialistik.

Netizen Berbelah Bahagi

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai pandangan mengenai isu ini. Ada yang bersimpati dengan Muntazar dan merasakan bahawa masalah kewangan bukan alasan kukuh untuk memutuskan hubungan, manakala segelintir pula menyokong Saidah atas dasar realiti kehidupan yang mencabar.

“Kalau lelaki masih belum stabil kewangan, elok jangan bercinta dulu. Fokus bina kerjaya dulu,”

“Cinta bukan hanya tentang duit. Tapi cara Saidah cakap macam dia tak pernah sayang pun,”

“Sadiah ni jenis perempuan tak boleh susah senang bersama”

“Aku lelaki pun tak nak kawen kalau takde duit, aniaya anak orang”

“Kalau takde duit, jangan kawen..banyak nak pakai modal”

“Benda boleh kumpul sama-sama, kenapa nak letak beban kat lelaki..mana tau rezeki lepas kawen ada”

Apa pun yang berlaku di antara Saidah dan Muntazar, hanya mereka yang tahu cerita sebenar di sebalik hubungan itu. Namun, kenyataan terbuka dari Saidah jelas menunjukkan bahawa dia sudah bersedia untuk melangkah ke hadapan dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kisah lama.

Adakah Muntazar akan memberikan reaksi balas? Atau adakah kisah ini akan terus berpanjangan di platform media sosial? Sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |