[VIDEO] Isteri Fizo Omar Kesal Dengan Netizen Yang Persoal ‘Tak Penat Ke Hamil’?-“Sentiasa Wanita Yang Merendahkan Wanita Lain…”

1 week ago 21

Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri tampil bersuara selepas sesetengah netizen mempersoalkan mengenai dirinya yang sering hamil dengan jarak yang dekat.

“Mengandung lagi. Tidak letih ke?.”-soal salah seorang netizen di TikTok

Fazeera menerusi video yang dimuatnaik di TikTok menyatakan bahawa, setiap kehamilannya itu tidak memberikan sebarang beban ke atas dirinya.

Malah, isteri aktor terkenal ini turut meminta orang ramai untuk menjaga sensitiviti orang lain apabila bersuara dan melontarkan kata-kata di media sosial.

“Saya tak rasa yang mengandung ini memberikan saya beban, keletihan yang melampau, menyebabkan saya putus asa.

Cuma saya nak highlight satu benda, bila kita terlalu diberi kebebasan bersuara, bertanyakan soalan, tolonglah jaga sensitiviti orang lain.

Faz selalu dihujani komen-komen ‘tak letih ke mengandung, tak sayang badan ke, suami tak jaga ke, suami tak kisah dengan kesihatan mental awak ke?’.

Saya sangat kecewa sampai tak boleh nak jawab pun soalan-soalan itu. Faz nak bagitau, sentiasa wanita yang mahu menjatuhkan wanita lain di media sosial.”-kata Fazeera di TikTok

@iamfizoomar

Replying to @Wendy82

♬ original sound – Fizo Omar – Fizo Omar

“Dia Yang Mengandung, Netizen Pula Yang Letih…”

Perkongsian Fazeera mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang berpendapat wanita yang sering hamil adalah disebabkan rasa bahagia dalam rumah tangga serta sikap suami yang bertanggungjawab serta bertolak ansur.

“Dia yang mengandung, netizen pula yang letih.”

“Kerana suami jaga, tu lah beranak rapat-rapat.”

“Bagus la tu. Maknanya dia subur. Kalau tak mengandung kang orang kata mandul pula. Korang nak apa sebenarnya ni?.”

“Kebiasaan perempuan yang mengandung kerana dia bahagia suami bertanggungjawab dan bertolak ansur.”

“Abaikan je akak pun rapat-rapat jugak best apa. Letih sekali harung mereka membesar macam kembar sekarang mereka kat uni da.”

“Rezeki dia anak ramai, sedih tengok orang bersusah payah buat ivf berhabis duit hanya untuk ada anak. Congrats Faz.”

“Percayalah ramai anak sangat indah.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |