[VIDEO] Fazura ‘Throwback’ Momen Fatima Ketika Masih Kecil, Curi Perhatian Netizen!-“Cepat Betul Anak Kita Membesar…”

2 weeks ago 35

Pelakon, Nur Fazura berkongsi rasa rindu terhadap momen anak perempuannya, Nur Fatima Aisya ketika masih kecil selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Fazura mengimbas kembali video lama ketika Fatima masih kecil dan menyifatkan anaknya itu telah membesar dengan cepat.

“Tengah delete gambar-gambar lama, terjumpa pula video ni. Rindu juga masa dia kecik-kecik especially suara dia.

Dengan sifat tak sabar nak jadi independent dia tu! Haih, cepat betul anak kita membesar ya.”-kongsi Fazura di TikTok

@fazuraofficial

Tengah delete gambar-gambar lama, terjumpa pulak video ni. Rindu juga masa dia kecik-kecik especially suara dia.. dengan sifat tak sabar nak jadi independent dia tu! Haih.. cepat betul anak kita membesar ya.. 🥹 #NurFatimaAisya #daughter #mommysjewel 💎🩷

♬ original sound – Nur Fazura

“Bagus Sangat Cara Didikan Fazura…”

Perkongsian Fazura dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang turut memuji cara didikan pelakon ini terhadap anak perempuannya itu.

“Dah jatuh baru minta dukung, comel je 😂.”

“‘Cepat betul anak kita besar ya’, Faz bagi hint dekat Fattah ke macam mana ni.”

“Fazura ibu yang baik 🥰.”

“I’m the one yang follow Fazura layan anak perempuan dia. Sangat bagus ilmu parenting dia 😍❤️.”

“Semoga membesar jadi anak yang bijak, berdikari Fatima.”

“Rindu masa Fatima kecik-kecik juga. So cute, adorable, petah dia. Sekarang makin petah dia ♥️♥️♥️.”

“Nak ikut mommy dia jadi independent woman ♥️.”

“Bagus sangat cara didikan Fazura.”

Sekadar info, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 5 tahun.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |