Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, merupakan seorang pelakon hebat di Malaysia. Syafiq sering mendapat watak utama dalam drama dan filem-filem tempatan. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama bersiri Tanah Kubur.
Pada Januari yang lalu, Syafiq telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pelakon wanita Malaysia iaitu Mimi Lana dan dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Namun pada November yang Lalu, dikatakan perkahwinan mereka dibatalkan serta kedua-duanya tidak memberikan sebarang kenyataan mengapa ianya dibatalkan.
Namun pada 14 Februari 2025 Safiq Kyle dan Mimi Lana selamat di ijab kabul dengan sekali lafaz.
“Mesti Nak Masak Asam Pedas Wadidaw Dalam Tu Kan Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ermafatimarahmad yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.3 juta, tanda suka sebanyak 143 ribu dan sebanyak 384 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syafiq Kyle yang sedang memegang periuk, kemudian Mimi Lana ingin membeli dua periuk tersebut.
@ermafatimarahmadBeli jangan tak beli @missmimilana Dia pandai masak tau. Sapa nk beli tgk kt showcase sy ok.
♬ original sound – erma fatima – erma fatima
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa mereka terhibur melihat reaksi Syafiq Kyle yang memegang periuk tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.