[VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

2 weeks ago 37

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik ke TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menziarahi dan berdoa di pusara arwah datuknya telah meraih perhatian ramai.

Daripada video tersebut, dapat dilihat bagaimana polos dan sucinya kanak-kanak perempuan itu dalam mendoakan kesejahteraan arwah datuknya walaupun doanya itu telah mengundang ketawa netizen.

@nazreenmikhail_

Al fatihah

♬ original sound – warong mika – warong mika

Video yang dimuat naik oleh @nazreenmikhail_ itu telah mendapat tanda suka kira-kira 13.8 ribu dan sekitar 94 komen. Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak tersebut diminta oleh ibunya untuk membacakan doa.

“Ya Allah bagilah atok sihat takpayah mati lagi. Aamiin.”

Gelagat kanak-kanak ini telah mengundang ketawa daripada pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dan terharu dengan sifat polos anak kecil itu.

Foto – @nazreenmikhail_ (TikTok)
Foto – @nazreenmikhail_ (TikTok)

Malah ada juga yang berkongsi kisah mengenai anak saudaranya ketika lalu di kawasan perkuburan. Menurut pengguna TikTok @mdhhzddy, anak saudaranya memberi salam dan bertanyakan apa yang arwah-arwah lakukan di kubur.

“Dulu ajar anak saudara kalau lalu di depan kubur kita kena bagi salam dan doakan yang baik-baik. Jadi satu hari waktu lalu depan kubur ingatkan dia untuk bagi salam. Pastu dia pun cakap, “Assalamualaikum ahli kubur, buat apa kat situ”. Ya Allah.”

Tak dinafikan kanak-kanak sememangnya makhluk yang polos dan suci, jadi kita sebagai orang tua perlulah mengajar mereka perkara yang baik-baik kerana mereka mudah mempelajari apa yang diajar serta ditunjukkan oleh kita.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |