[VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

1 day ago 15

Siapa yang tidak kenal dengan Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Alyah. Beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal di Malaysia serta merupakan isteri kepada seorang pemuzik terkenal iaitu Dato Ramli M.S.

Alyah memulakan kerjayanya pada tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun apabila menjadi juara dalam pertandingan nyanyi Bintang HMI anjuran RTM. Namun Alyah dikenali ramai pada tahun 2008 apabila lagunya ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ menjadi tumpuan ramai sehingga ke hari ini.

“Tok Ram Ingat Atas Meja Tu Anak Kucing, Rupanya Baby”-Datin Alyah

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @random_post153 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak71 ribu, tanda suka sebanyak 1,244 dan sebanyak 63 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Datin Alyah yang memberitahu bagaimana beliau peroleh anak angkatnya itu dan pada video lainnya, Tok Ram memberitahu bagaimana anak angkatnya itu menjadi mahram dengannya.

@random_post153

Replying to @momytrippleaaa Replying to @momytrippleaaa “Bila dia menangis tu rumah saya mcm pecah .Rumah saya yang sunyi selama ni tu pecah dengan tangisan pertama dalam rumah ni & saya takkan pernah lupa tangisan pertama tu & baby itulah Izzara ” Sebak bila Datin Alyah sebut ayat ni … Video credit Selebriti Malaysia #tokram #ramlims #datinalyah #alyah #zara #nurizzara #tokramalyah #tokramzara #alyahtokram #alyahzara #anaktokram #cutiepie

♬ original sound – Random_post – Random_post

@random_post153

Replying to @nurulhudamokhsin Anak adik Tok Ram iaitu anak saudara Tok Ram yang susukan Zara untuk jadikan Zara & Tok Ram mahram asbab susuan .

♬ original sound – Random_post – Random_post

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa segala persoalan netizen telah dijawab Datin Alyah dan semoga tiada lagi isu selepas ini.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |