[VIDEO] Che Ta Titip Nasihat Kepada Ammar, Netizen Puji!-“Nasihat Anak Sendiri Dulu Lebih Utama..”

13 hours ago 13

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mencuri perhatian netizen selepas dilihat menitipkan pesanan buat putera sulungnya, Ammar Effendy yang baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya, Auni Ikhwan pada Sabtu.

Che Ta menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, menyatakan bahawa dia tidak menyangka anak-anaknya kini sudah meningkat dewasa dan telah tiba masa untuk melepaskan mereka

“Rasa tak sangka anak saya dah besar, dah tua 29 tahun. Jadi inilah masanya kita sebagai ibubapa melepaskan. Dia pun ada perjalanan kehidupan dia.

Saya dah buat yang terbaik untuk anak-anak saya, terutamanya Ammar nak melangkah ke dunia baru dalam kehidupan dia.”-kata Che Ta di TikTok

Titip Doa Agar Ammar Menjadi Suami Mithali

Dalam pada itu, Che Ta turut menitipkan pesanan kepada Ammar untuk menjadi suami yang mithali dan tidak membebankan bakal isterinya kelak.

“Pesanan saya kepada Ammar, jadi suami yang mithali, suami yang bukan membebankan isteri, suami yang baik terhadap isteri dan juga keluarga isteri, suami yang setia, yang sentiasa menjaga kebajikan isteri kita perempuan, jadi kita tahu apa yang kita nak daripada seorang suami.

Jadi saya rasa sebagai seorang ibu, dia boleh bagi kata-kata yang terbaiklah untuk anak-anak bila menempuhi gerbang perkahwinan ni. Jadi hopefully, Ammar memang akan jadi suami yang baik untuk Auni.”-titip Che Ta Untuk Ammar

@rozitachewan1

Dari seorang ibu yang dah tengok anaknya membesar depan mata, kini melangkah ke fasa baru kehidupan. Semoga Ammar sentiasa jadi lelaki yang tahu menghargai, memahami, dan menyayangi. Setiap nasihat Ibu, simpan dalam hati — sebab semua tu datang dari kasih sayang seorang ibu. Moga pertunangan Ammar & Auni ni jadi langkah pertama menuju kebahagiaan yang kekal ✨ Venue : Terrace, Lantera Venue Catering : @lanterakitchen Decoration : @lanteravenue Flowerbar : @bebungebunge_ Video : Lantera Media

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Netizen Puji

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Che Ta yang menitipkan pesanan yang sangat baik kepada anak lelakinya itu, malah ramai yang berpendapat pelakon jelita ini bakal menjadi ibu mentua yang patut dicontohi orang lain.

“Bagus Che Ta, nasihat anak sendiri dulu lebih utama.”

“Alhamdulillah terbaik Che Ta, penyayang peramah, seorang ibu yang baik.”

“Bagus la Che Ta ni untuk mentua yang kaya-kaya patut dicontohi.”

“Saya rasa Che Ta mesti jadi mak mentua yang baik. Untung menantu dia.”

“Terbaik la Che Ta. Memang mama yang baik. Untung anak menantu dia. Mama / mentua yang baik. Open je Che Ta. Selalu reflect diri dia sendiri.”

Sekadar info, Ammar Effendy merupakan hasil perkongsiannya bersama Azuar selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 sebelum berpisah pada 2003. Che Ta turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Aniq Ezzra.

Kemudian Che Ta mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama aktor, Zain Saidin pada 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |