Negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian Bekas Perdana Menteri Ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru sahaja meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.
Khabar Duka itu dikongsikan sendiri oleh Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Allahyarham menerusi hantaran di Instagram, menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah..”-Kongsi Khairy Jamaluddin di Instagram
Berita selanjutnya akan menyusul…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.