Salman Khan Balas Dendam Terhadap Aishwarya Rai- Ini Yang Dia Lakukan!

13 hours ago 7

Bagi peminat Bollywood, kamu pasti tahu nama Aishwarya Rai dan Salman Khan suatu ketika dahulu sering menjadi tajuk utama berita kerana hubungan mereka.

Aishwarya dan Salman telah jatuh cinta antara satu sama lain semasa bekerjasama dalam filem ‘Hum Dil De Chuke Sanam’, tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.

Perpisahan pasangan ini telah mengejutkan peminat, apabila masing-masing salah menyalahkan. Bagi Aishwarya, dia terpaksa menanggung kerugian yang paling banyak. Dikatakan selepas berpisah dengan Salman, dia telah kehilangan lima filem dalam satu masa.

Foto – Siasat

Ketika muncul di rancangan Simi Garewal, Aishwarya bercerita bagaimana filemnya bersama Shah Rukh Khan dibatalkan pada saat akhir dan wataknya telah digantikan dengan Rani Mukerji. Mengaku dengan jujur, Aishwarya berasa sangat sedih dan kecewa dengan keputusan itu.

Foto – Deccan Chronicle

Sekadar info untuk kamu, ketika Aishwarya dan Shah Rukh Khan menjalani penggambaran filem ‘Chalte Chalte’, Salman telah membuat kecoh di set dengan menuduh aktor itu cuba untuk menggoda kekasihnya.

Foto – YouTube

Sikap panas baran dan cemburu Salman akhirnya telah menjejaskan karier lakonan Aishwarya apabila beberapa penerbit takut untuk mengambilnya berlakon kerana bimbang Salman membuat kekacauan di set penggambaran. Kemudian aktres itu membuat keputusan untuk berpisah, membuatkan Salman mahu membalas dendam.

Akibatnya, nama Aishwarya digugurkan daripada lima filem iaitu ‘Veer Zaara’, ‘Chalte Chalte’, ‘Paheli’, ‘Munnabhai MBBS’ dan ‘Main Hoon Na’. Kesian kan?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |