Satu isu panas sedang tular di media sosial melibatkan seorang guru yang didakwa memuat naik hantaran sensitif mengenai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik, baru-baru ini.
Hantaran yang dimuat naik dari akaun Facebook bernama Khalid Yunus itu telah mengundang kemarahan ramai. Lebih menyedihkan, kenyataan tersebut dikatakan mengguris hati keluarga mangsa yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.
Akibat daripada itu, polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap guru berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, siasatan dibuat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (berkaitan dengan kenyataan yang boleh cetuskan pecah keamanan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana salah guna media sosial).
Seorang Pendidik, Tapi Kenyataan Tak Guna Otak!
Apa yang mengejutkan lagi, siasatan awal mendapati individu terbabit adalah seorang guru yang sedang berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Perak. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut masuk campur dan Exco Pendidikan negeri, Khairudin Abu Hanipah, minta laporan lengkap disediakan terhadap isu ini.
Ramai netizen tidak puas hati. Ramai yang tertanya-tanya, apa jadi dengan nilai empati, terutamanya bila ia datang daripada seorang pendidik?
Ada Masalah Mental
Ada juga tangkapan skrin yang menyatakan guru tersebut sememangnya mempunyai masalah kesihatan mental. Menurut balasan komen dari empunya badan sendiri menyatakan beliau perlu menerima suntikan ubat namun menolaknya kerana ingin bekerja sebagai pendidik.
Jangan Guna Media Sosial Ikut Hati
Apa pun pendapat kita, mengecam mangsa yang baru saja meninggal dunia bukanlah sesuatu yang wajar, lebih-lebih lagi kalau kita bekerja dalam bidang profesional.
Apa yang kita tulis di media sosial walaupun ‘sekadar komen’, boleh memberi kesan besar pada orang lain. Kadang-kadang, ia boleh menjadi berlarutan hingga menjadi kes polis seperti ini.
Hati-hati apabila menaip, fikir dulu sebelum kongsi. Hormat pada mereka yang sedang bersedih. Dunia ni dah cukup kelam, jangan kita tambah gelapannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.