Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di MURAI tengok harga pakej daripada ikhlas.com, terus terhenti sekejap.
Bayangkan, harga bermula serendah RM4,990, sudah termasuk tiket pergi balik, penginapan, makan tiga kali sehari, mutawwif dan pengangkutan. Harga tu memang buat orang fikir dua kali, “Murah sangat ni, tapi selesa ke?”
Jadi, kami sendiri sertai pakej Super Ekonomi Ikhlas untuk rasai pengalaman sebenar. Hasilnya? Macam nama dia juga, murah tapi ikhlas.
Dari KLIA2 Dengan Tenang
Perjalanan bermula 20 September hingga 28 September. Di KLIA Terminal 2, jemaah berkumpul di kaunter Y15. Tak perlu pening kepala sebab semua urusan check-in diuruskan oleh staff Ikhlas. Kami hanya serah passport, letak bagasi, dan tunggu taklimat ringkas.
Ada jemaah yang sempat bergurau, “Baru dekat KLIA pun dah rasa macam VIP, kalau macam ni memang tenang pergi Umrah.”
Penerbangan guna AirAsia D7 700 ke Jeddah. Ramai ingat pesawat bajet ini sempit, tapi sebenarnya selesa. Ramai yang sempat tidur lena, mungkin sebab hati dah ringan nak jadi tetamu Allah.




Itinerari Lengkap, Tak Kurang Dari Pakej Premium
Setibanya di Madinah, rombongan dibawa menziarahi tempat-tempat penuh sejarah, Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada, dan Kebun Kurma.
Menariknya, mutawwif Ustaz Syed Zainal bukan sekadar bimbing doa, tapi turut kongsi kisah perjuangan Nabi SAW dan para sahabat dengan gaya yang menyentuh hati. Ada jemaah yang tersentuh sampai bergenang air mata.
Masuk ke Makkah pula, ziarah diteruskan ke Jabal Tsur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, dan Gua Hira. Walaupun nama pakej “Super Ekonomi”, isi perjalanan memang padat dan penuh makna.
Penginapan: Dekat Di Madinah, Selesa Di Makkah
Di Madinah, kami menginap di Hotel Jawharat Al-Rasheed, hanya 200 meter dari Masjid Nabawi. Dekat sangat, sampai ada jemaah yang ulang alik jika masuk waktu.
Di Makkah, hotelnya Oriensis, lebih kurang 1.5 kilometer dari Masjidil Haram. Tapi tak perlu risau, shuttle bas 24 jam sentiasa menunggu depan pintu hotel. Perjalanan lima minit sahaja.
Ada jemaah yang berseloroh, “Hotel jauh sikit tak apa, sekurang-kurangnya pahala jalan kaki bertambah.”
Dua Kali Umrah, Bukan Sekali Sahaja
Antara perkara yang paling mencuri perhatian ialah jemaah berpeluang menunaikan dua kali Umrah, kedua-duanya dibimbing penuh oleh Ustaz Syed Zainal.
Saya selalu dengar, agensi lain hanya bimbing sekali sahaja, selebihnya jemaah buat sendiri. Tapi di bawah Ikhlas, setiap rombongan dibawa semula untuk Umrah kedua bersama mutawwif. Jadi, tak ada istilah “buat sendiri, harap ingat-ingat balik.”
Ustaz Zainal menerangkan setiap langkah dengan sabar, dari niat hingga tahallul, memastikan semua jemaah faham dan tenang. Ramai yang bersyukur, terutama mereka yang pertama kali menunaikan Umrah.

Makanan Malaysia Di Tanah Suci
Kalau bab makan, jangan risau. D’Fajar Catering memang jaga bab ini betul-betul. Setiap hari disajikan makanan Malaysia, terkejut juga bila nampak nasi ayam, sambal udang, ikan masak kicap, gulai daging, siap dengan pencuci mulut di cafe.
Makanan disediakan segar setiap hari, dan ramai jemaah siap tanya resepi sebab rasa dia “tak macam katering luar negara langsung.”
Dari Madinah Ke Makkah Naik Bas VIP
Perjalanan antara dua kota suci guna bas VIP coach, luas, selesa, siap ada USB port untuk cas telefon. Tapi sepanjang perjalanan, ramai tak sempat tengok telefon sebab leka berzikir dan dengar tazkirah ringan dari Ustaz.

Kejutan Di Mekah, Makan Malam Di Wadi D’Alfajr, Hudaibiyah
Satu malam di Makkah, jemaah dikejutkan dengan kejutan manis. D’Fajar Catering menjemput semua ke Wadi D’Alfajr, Hudaibiyah untuk makan malam istimewa.
Tempatnya luas, damai, dan sangat cantik. Di situ ada homestay, serta aktiviti menunggang kuda dan unta. Suasana waktu malamnya tenang, dihiasi lampu-lampu dan bau nasi Arab yang baru dimasak. Ada jemaah bergurau, “Kalau macam ini, Umrah ni rasa macam bulan madu versi syariah.” Tapi di sebalik gelak, semua tahu, momen itu buat hati rasa damai, penuh kesyukuran.

Lengkap Dengan Jurugambar & Videografer
Satu lagi benda yang buat Umrah kali ini terasa ‘special’, ada jurugambar dan videografer Ikhlas yang ikut sepanjang perjalanan! Bayangkan, setiap kali anda berjalan, tawaf, atau duduk berzikir, ada sahaja lensa yang merakam momen itu. Tahu-tahu, bila buka Instagram Ikhlas, muncul wajah sendiri tengah senyum depan Kaabah.
Seronok jemaah, tak perlu sibuk pasang tripod atau suruh kawan ambil gambar. Boleh fokus pada ibadah dengan lebih khusyuk.
Terima kasih kepada Zack Merican, Pengurus Sosial Media Ikhlas, yang nampak betul-betul komited dengan tugasnya. Walaupun sibuk dengan kamera di tangan, Zac tetap jaga adab di Tanah Suci, hormat suasana, tapi hasil rakaman tetap ‘padu’.
Ada jemaah sempat bergurau, “Rasa macam pergi Umrah tapi dapat photoshoot sekali.” Tapi semuanya dilakukan dengan penuh hormat dan niat baik supaya momen ibadah ini kekal jadi kenangan indah sampai bila-bila.

Pengurusan Rapi, Layanan Sepenuh Hati
Selain mutawwif, Team Haramain, Team Operasi Umrah & Teknikal Ikhlas, serta pasukan media mereka semuanya memainkan peranan penting. Tak kira isu besar atau kecil, semuanya diselesaikan dengan cepat dan sopan. Satu peristiwa mencemaskan berlaku bila seorang jemaah warga emas tersesat selepas solat di Masjidil Haram. Tapi yang luar biasanya, Team Haramain bertindak pantas. Dalam masa kurang setengah jam, jemaah itu berjaya ditemui dengan selamat.
Ustaz Zainal sempat berpesan, “Bila kita berada di Tanah Suci, ujian datang dalam pelbagai bentuk. Tapi jangan lupa, pertolongan Allah itu sentiasa dekat.”
Kata-kata itu buat semua diam seketika, betapa benarnya setiap langkah di sana penuh ujian dan rahmat.
Secara keseluruhan, Umrah Super Ekonomi Ikhlas bukan sekadar murah, tapi penuh nilai dari layanan, bimbingan, dokumentasi hingga pengalaman rohani yang menyentuh hati.

Dua kali Umrah dibimbing penuh oleh mutawwif, makanan sedap, kejutan makan malam di Wadi D’Alfajr, liputan foto dan video yang indah, serta pasukan yang pantas bila ada kecemasan, semuanya menunjukkan mereka benar-benar berkhidmat dengan ikhlas. Mungkin sebab itu, walaupun namanya Super Ekonomi, rasa dia Super Hati Tenang. Yang tahu, tahu lah.

12 hours ago
7






![[VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_7637.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)

![[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2022.jpeg)
![[VIDEO] Kereta Amira Othman Raih Perhatian Netizen-“No Plat Tu Lagi Mahal”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-25.jpg)
![[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari ‘Wedding’ Fattah & Amira](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-26.jpg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)
![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
