Isteri kepada pelakon, Azlan Komenng iaitu Nilam Ortiz tampil memberi penjelasan selepas gaya tudungnya itu mencetuskan kritikan netizen di media sosial, baru-baru ini.
Nur Nilam Ortiz menerusi video yang dimuatnaik di Instagram menjelaskan bahawa, dia terpaksa memakai tudung sebegitu disebabkan luka pada bahagian bawah dagunya yang masih belum pulih disebabkan pembedahan buang silikon pada Mei lalu.
Dalam pada itu, dia turut memohon orang ramai untuk tidak menggelarnya menggayakan tudung seperti ‘Firaun’ dan kafir disebabkan keadaan kesihatannya itu.
“Maaf ye orang suci, saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi.
Tak boleh kena pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung.
Tapi janganlah sampai cakap saya ni pakai tudung Firaun, Kafir, dan sebagainya. Alahai penat la saya macam ni.”-jelas Nilam ortiz di TikTok
@puan_nilamortizMaaf ye orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi,tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung tapi janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya alahai penat la saya macam ni 🤣🤣🤣
♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz
“Jangan Main Komen Je…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap penjelasan Nilam, malah ramai yang mengkritik sikap segelintir netizen lain yang suka membuat ulasan tanpa sebarang usul periksa.
“Eh korang ni rajin-rajin la membaca, jangan main komen je, penatlaa.”
“Kak Nilam, pakai ring tudung tu, alhamdulillah lebih manis.”
“La ni fesyen tudung ambik parcel noh.”
“Kebanyakan manusia malas membaca dan suka menambahkan dosa yang ada. Apa pun semoga kak Nilam cepat sembuh.”
“Pakai je macam mana pun Nilam, janji awak sihat dan ceria selalu.”
“Semoga kekal hingga syurga aaminn.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.