Kalau anda tengah cari SUV elektrik yang nampak mahal tapi tak terlalu “over”, ha… ini berita baik. iCAUR baru sahaja lancarkan model baharu mereka, iCAUR V23, dan yang bestnya,ada versi pemanduan sebelah kanan (Right-Hand Drive) khas untuk pasaran Malaysia.
Model ini kira macam “adik berjiwa muda” kepada iCAUR 03 dulu. Kalau yang lama tu nampak serius, V23 ni pula lebih santai, moden, tapi masih ada gaya retro yang buat ramai pandang dua kali. Menurut Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai, kereta ini memang dibuat untuk orang muda yang suka adventure dan nak gaya hidup moden tapi tak nak pening pasal minyak atau servis mahal.

Reka bentuk dia memang cun. Bentuk petak tapi bergaya, macam campuran SUV klasik dan robot masa depan. Jangan pandang ringan sebab walaupun nampak kompak, ia tetap nampak gagah. Sesuai kalau anda nak lenjan dalam bandar, naik Genting, atau masuk jalan kampung sikit pun boleh.
Ada dua versi:
- 2WD (pacuan dua roda) – motor tunggal, 136 PS, boleh jalan sampai 401 km sekali cas.
- iWD (pacuan empat roda pintar) – dua motor, 211 PS, boleh capai 501 km.
Kalau bab laju, yang iWD boleh pecut 0 ke 100 km/j dalam 7.5 saat. Kiranya senang kalau nak potong lori dekat highway, tak sempat menguap pun dah sampai depan.
Pengecasan pun senang, versi 2WD boleh cas pantas DC 85 kW, manakala iWD sampai 104 kW. Tapi yang paling menarik, iCAUR V23 ada fungsi Vehicle-to-Load (V2L). Maksudnya, kereta ini boleh bagi tenaga elektrik dekat peralatan luar. Tengah camping nak masak guna rice cooker pun boleh, janji tak lupa bawak extension.

Bahagian dalam dia pun lain macam , ada kamera bawah casis (boleh nampak bawah kereta masa memandu), butang kawalan putar ala retro, dan skrin besar. Teknologi keselamatan pun lengkap, ada brek automatik, amaran keluar lorong, dan cruise control pintar.
Harga dijangka antara RM145,000 hingga RM155,000, tapi kalau banding dengan SUV elektrik lain, ini kira berbaloi. Dah la gaya lawa, fungsi pun banyak.

Kalau anda nak tengok depan mata, boleh pergi ke Starhill Piazza, KL, dari 30 Oktober sampai 2 November 2025, 10 pagi sampai 10 malam. Ada juga aktiviti menarik dan hadiah eksklusif untuk pengunjung.
Kesimpulannya, iCAUR V23 ni macam SUV yang tahu siapa target dia, orang muda, bergaya, tapi masih fikir praktikal. Sekarang dah ada versi Right-Hand Drive, nampaknya rakyat Malaysia pun boleh mula “main” kereta elektrik dengan penuh gaya.
Nak nampak moden tapi masih rugged? Ini lah dia, iCAUR V23.

1 day ago
11








![[VIDEO] Che Ta Titip Nasihat Kepada Ammar, Netizen Puji!-“Nasihat Anak Sendiri Dulu Lebih Utama..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Kita-simpan-dulu-gambaq-pengantin-pompuan-😋-Ni-bakal-mak-mentua-nya-🤪.In-@ezuwanismail-Fabric-e1761795342879.jpg)
![[VIDEO] Afwa Bawa Motor Buatkan Peminat Teruja-“Dengan Dua Anak Saudara Sekali Naik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] “Berani Panggil I Mak Cik Ekk, Sabar Japp”-Anzalna Nasir](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2066.jpeg)
![[VIDEO] Telatah Khawla Ralit Lihat Uncle Hael Husaini Buatkan Peminat Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-2.jpg)






![[VIDEO] Che Ta ‘Usik’ Aaisyah Bertudung, Netizen Terhibur!-“Dia Pun Iman Turun Naik..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/19b3e682-b90d-44eb-afea-d0b532a4f89d.jpg)
![[VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2056.jpeg)











![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)

![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
