Filem Aamir Khan, iaitu ‘Dangal’, telah kekal menjadi salah satu filem yang paling berjaya dalam pawagam India. Filem tersebut telah menarik perhatian ramai apabila ia mengisahkan kehidupan Mahavir Singh Phogat yang dilakonkan oleh Aamir Khan dan anak-anak perempuannya.
Bagaimanapun untuk filem itu, Aamir mendedahkan pada mulanya dia keberatan untuk mengambil projek tersebut apabila dia mengesyaki Salman Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) telah menghantar pengarah filem ‘Dangal’ dengan skrip untuk menamatkan kerjayanya.
Foto – India TodaySemasa muncul dalam temu bual dengan saluran podcast ‘Just Too Filmy‘, Aamir ditanya sama ada pilihan filemnya selari dengan jangkaan penonton. Aamir menjelaskan dia sentiasa mengikut nalurinya dengan memenuhi trend seperti filem ”Lagaan’, ‘Peepli Live’ dan ‘Dangal’ sebagai filem yang dia kejar berdasarkan keyakinan peribadi dan bukannya ramalan box-office.
Foto – NDTVApabila menyetuh tentang ‘Dangal’, Aamir mengakui dia sangat menyukai skrip filem itu tetapi dia masih belum bersedia untuk memainkan watak “Mahavir Singh Phogat”. Tambahnya, dia baru sahaja menamatkan penggambaran filem “Dhoom 3”, di mana dia masih kelihatan lebih muda dan cergas.
Disebabkan oleh itu, dia teragak-agak untuk memainkan watak “Mahavir” yang menggambarkan dirinya sebagai seorang bapa yang semakin tua dengan sosok tubuh yang lebih gempal.
Foto – Catch NewsDengan guraunya, Aamir juga berkata dia mengesyaki pengarah filem itu, Nitesh Tiwari, telah dihantar oleh ‘musuhnya’ iaitu SRK dan Salman untuk mensabotaj kariernya sebagai salah seorang pelakon Bollywood yang terkenal.
“Saya sangkakan Salman atau orang SRK yang mahu menggulingkan saya.”
Foto – The Indian ExpressManakala Nitesh pula menegaskan dia hanya mahu Aamir untuk melakonkan watak itu walaupun terpaksa menunggu pelakon itu bertahun-tahun lamanya. Walaupun pada awalnya dia agak keberatan, Aamir akhirnya bersetuju untuk melakonkan watak “Mahavir Singh Phogat”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.

2 months ago
64









![[Re.Hab] Bukan Main-main – Aisha Retno Ambil Risiko Besar Demi Album Pertama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Capture-23.jpg)
























![[VIDEO] “Ini Rupanya Suami Baru Dia…” Netizen Teruja Jaclyn Victor Sudah Bersuami](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/jack-kawen.jpg)
![[VIDEO] Adab PAI Anisha Rosnah Dipuji, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Adakah Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/2-6.jpg)

![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-“Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/46ee1cd1-5bd4-4082-b2f7-2666de66dd16-1.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ameera Khan Ajar Jefri Nichol Cakap Kelantan, Curi Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-43.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend ‘Like Jennie’, Curi Perhatian Netizen!-“TokTi Baru Habis SPM Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/5802a04a-0a4d-4325-a241-1bead7db47e1-1.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Juliana Evans & Anak Perempuannya Masak Telur Guna ‘Air Fryer’ Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-design-19.jpg)
![[VIDEO] Amira Othman Kongsi Gelagat Fattah Amin Buat Trend TikTok, Curi Perhatian Netizen!-“Aneh-Aneh Sekarang…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/17acb579-f825-474c-a1ac-182bad4abf61-1.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/05/Untitled-Zoom-Virtual-Background-2.jpg)