Dikhabarkan Bakal Jadi Menantu SRK, Ini 4 Fakta Tentang Larissa Bonesi

1 day ago 11

Nama model Brazil, Larissa Bonesi menjadi topik perbualan ramai selepas dia dikhabarkan mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak sulung Shah Rukh Khan (SRK), Aryan Khan.

Khabar angin muncul selepas kedua-dua mereka sering dilihat bersama di beberapa majlis sehinggakan tercetusnya pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Nak tahu siapakah wanita jelita ini? Berikut Murai kongsi beberapa maklumat tentang Larissa Bonesi.

  • Bukan warganegara India 

Kalau kamu nak tahu, Larissa Bonesi bukanlah seorang warganegara India. Wanita ini dilahirkan di Brazil pada tahun 1994 dan kemudiannya memutuskan untuk meneruskan kerjayanya serta menetap di India. Dia berpindah ke India pada tahun 2011.

  • Pelakon & model antarabangsa 

Larissa memulakan kerjaya lakonannya di India dengan penampilan sulungnya dalam filem ‘Go Goa Gone’ pada tahun 2013. Sejak itu, dia telah muncul dalam beberapa filem Hindi dan Telegu serta menjadi model video muzik. Selain itu, dia juga merupakan seorang model antarabangsa apabila dia pernah tinggal di Tiongkok untuk kerjaya peragaannya.

  • Rakan rapat Suhana Khan 

Khabar angin mengenai hubungannya dengan Aryan dikatakan benar selepas ramai yang mendapati Suhana Khan telah mengenali antara satu sama lain. Mereka  juga mengikuti akaun Instagram masing-masing.

  • Mempunyai kerjaya peragaan di China 

Agak panjang jika kita nak bercakap soal kerjaya Larissa. Sebelum dia memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, Larissa telah pun menetap di China kerana profesionnya sebagai model dalam dunia peragaan.

Sekadar info untuk kamu, sehingga ke hari ini khabar angin antara Larissa dan Aryan masih lagi tiada jawapan. Tapi apa pun, adakah kamu rasa Larissa akan jadi menantu SRK?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |