Dakota Johnson & Chris Martin Berpisah Selepas 8 Tahun Kerana Sebab Ini?

1 day ago 10

Selepas lapan tahun menjalinkan hubungan secara “private but not secret“, aktres Dakota Johnson dan vokalis Coldplay, Chris Martin, akhirnya dilaporkan telah menamatkan perjalanan cinta mereka.

Walaupun pasangan ini sentiasa menunjukkan imej yang sangat tenang dan rapat, tetapi ada beberapa sumber rapat mengatakan mereka sebenarnya telah berpisah beberapa kali sebelum mengambil langkah muktamad untuk menamatkannya.

Foto – InTouch Weekly

Sumber terdekat pasangan ini mengatakan, “Kali ini benar-benar berakhir”, menunjukkan bahawa ini bukanlah kali pertama mereka mengalami masalah yang sukar. Jika sebelum ini boleh didamaikan kembali, kali ini menjadi lebih sukar untuk mereka bersama kembali.

Foto – ELLE

Perpisahan mereka itu dikatakan disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah isu anak. Pada tahun 2019, mereka berpisah kerana Chris ingin mempunyai anak dan kemudiannya berdamai kembali. Sumber menyatakan, “Konflik kecil telah terkumpul apabila mereka bersama”, membayangkan keretakan dalam hubungan jangka panjang mereka.

Foto – Reddit / People

Menurut Hauterr Fly, mereka juga menghadapi kesukaran apabila rancangan masa depan rumit untuk diabaikan. Di sebalik ketegangan itu, pasangan ini masih dilihat bersama pada Januari, di mana kedua-duanya berpegangan tangan di India semasa lawatan konsert Chris bersama Coldplay. Kemudian, di pertengahan Mei 2025 mereka dilihat menghabiskan masa bersama di Malibu.

Sehingga ke hari ini, kedua-duanya belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perpisahan mereka.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |